Thursday, June 21, 2018

5 Penjara Paling Mewah Di Dunia


Beberapa buah penjara di luar negara yang direka khas dengan hiasan dalaman yang cantik dan menarik sehinggakan boleh dianggap sebagai destinasi untuk bercuti.

Terdapat 5 penjara paling mewah yang diketahui berdasarkan portal online Media Permata.

1. Penjara Leoben Justice Centre, Austria

5 Penjara Paling Mewah Di Dunia

Dikenali dengan penjara lima bintang, penjara yang terletak di bandar Leoben, Austria ini dikatakan penjara paling cantik di dunia.

Uniknya, penjara ini juga digunakan bagi menempatkan kompleks dan pejabat kehakiman selain sebagai tempat hukuman banduan.

Jadi, mengapa penjara-penjara mewah sebegini dibina?

Untuk pengetahuan anda, penjara-penjara mewah ini dibina bukan untuk menggalakkan jenayah, tetapi untuk memberi motivasi kepada penghuninya.

Penjara yang mewah ini pastinya akan disukai oleh golongan gelandangan yang lebih rela untuk tinggal di sini berbanding di kaki lima.

2. Otago Correction Facility, New Zealand

5 Penjara Paling Mewah Di Dunia

Penjara Otago Correction Facility disediakan khas buat penjenayah berkedudukan tinggi dan orang ternama.

Pelbagai kemudahan yang disediakan termasuklah alat pemanas, televisyen skrin lebar, perpustakaan, gim dan perabot.

Penjara yang mempunyai 335 sel ini menelan belanja sebanyak AS$28 juta (RM111 juta) untuk membinanya.

3. Sel Al Capone, AS

5 Penjara Paling Mewah Di Dunia

Penjara Al Capone terletak di Eastern State Penitentiary, Philadelphia.

Bilik dalam penjara ini dilengkapi dengan katil yang selesa, kerusi rehat dan meja belajar yang pernah digunakan oleh seorang penjenayah AS terkenal Al Capone.

Bagaimanapun, tidak banyak diceritakan berkenaan kisah-kisah banduan tersebut semasa dalam penjara ini.

4. Penjara Halden, Norway

5 Penjara Paling Mewah Di Dunia

Dengan kelengkapan sebanyak 252 sel atau bilik, sudah cukup selesa bagi banduan yang tinggal di sini merasai kesenangan.

Malah, banduan juga disediakan trek jogging, studio bunyi dan kelengkapan perabot seperti peti ais dan televisyen dalam setiap bilik.

Penjara ini juga diibaratkan seperti kawasan perlancongan apabila pelawat atau keluarga yang ingin datang ke sini dibenarkan bermalam di rumah dua bilik.

5. Penjara Santa Ana, Amerika Syarikat (AS)

5 Penjara Paling Mewah Di Dunia

Penjenayah yang melakukan kesalahan ringan akan ditempatkan di penjara ini dan dibolehkan membawa gajet mereka bersama buat beberapa jenis banduan yang tidak berbahaya.

Menariknya, penjenayah yang menginap di penjara yang terletak di California ini seolah-olah bermalam di hotel apabila dikenakan bayaran antara AS$75 (RM298) hingga AS$127 (RM505) sehari.

Digelar ‘5 Start Hilton Prison’ penjara ini membawa kehidupan banduan yang amat mewah dan dianggap tidak setimpal dengan hukuman ke atas kesalahan yang mereka lakukan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mynewshub

2 comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon