Rabu, Februari 07, 2018

Divorce selfies Trend Pelik Rakam Swafoto Selepas Bercerai


Merakam gambar ketika perceraian suami isteri untuk kenang-kenangan tidak pernah dilakukan sebelum ini, tapi lain pula dengan trend terbaharu swafoto (selfie) selepas bercerai di barat.

Divorce selfies Trend Pelik Rakam Swafoto Selepas Bercerai

Peliknya, kebanyakan gambar yang dirakam menunjukkan reaksi gembira bersama bekas pasangan masing-masing, seolah-olah seronok sambil menunjukkan dokumen pengesahan cerai.

Malah, swafoto tersebut juga dikongsikan di media sosial Instagram dengan hastag #divorceselfies.

Sebuah laman portal BuzzFeed telah memuat naik beberapa gambar swafoto pasangan yang sudah berpisah dan agak menggelikan hati apabila melihat mereka tersenyum gembira sebaik sahaja disahkan bercerai.

Tetapi, sejauh mana mereka benar-benar gembira tidak dapat dipastikan kerana hanya mereka sahaja yang merasainya.

Berdasarkan ulasan, trend 'divorce selfies' dilakukan bukanlah atas dasar suka-suka, tetapi dirakam untuk menyampaikan mesej positif kepada pasangan-pasangan lain yang sedang dalam proses perceraian.

Divorce selfies Trend Pelik Rakam Swafoto Selepas Bercerai

Divorce selfies bermaksud, bekas suami atau isteri tidak wajar terus bersedih memandangkan perceraian itu di meterai atas persetujuan masing-masing.

Alasan lain divorce selfies dirakam bertujuan untuk menunjukkan tiada perasaan benci atau dendam antara mereka.

Divorce selfies secara tidak langsung dapat mengelakkan hati pihak lain terutamanya anak-anak dari terluka.

Cara ini dianggap lebih profesional berbanding menunjukkan ekspresi marah, sedih dan sebagainya.

Selain itu, divorce selfies juga dibuat sebagai saat indah antara pasangan yang mengambil keputusan untuk berpisah.

Ia bagaikan gambar terakhir bersama bekas pasangan masing-masing dan lebih manis jika dirakam dalam suasana ceria dan gembira.

Divorce selfies Trend Pelik Rakam Swafoto Selepas Bercerai

Salah satu ungkapan indah swafoto bersama bekas isteri turut dikongsi oleh seorang lelaki bernama Hinsonkt menerusi entri laman sosial miliknya.

"Kami secara rasmi sudah bercerai. Lihatlah dia kawan paling rapat saya, sangat dihormati dan seorang yang sangat penyayang.

"Kami tersenyum bukan sebab hubungan sudah berakhir tetapi ia telah tertulis."

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Bolehkah Isteri Minta Cerai Jika Tidak Puas Seks?

-SENTIASAPANAS.COM

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon