Friday, February 23, 2018

Teko Antik Bartlam Berharga RM81 Rupa-rupanya Bernilai RM3 Juta!


Beli murah tetapi bertuah pula dapat jual semula dengan harga yang sangat tinggi. INILAH yang dikatakan untung besar, apabila seorang lelaki di England tidak menyangka sebiji teko rosak yang dibelinya pada 2016 lalu bakal menjadikan dirinya sebagai seorang kaya raya.

Teko Antik Bartlam Berharga RM81 Rupa-rupanya Bernilai RM3 Juta!

Lapor portal BBC, pengumpul berkenaan membeli teko putih biru itu dengan harga yang sangat murah, iaitu 15 pound (RM81) dalam satu acara lelongan di Lincolnshire.

Namun apa yang mengejutkan ialah dia berjaya menjual semula teko antik berkenaan kepada seorang pembida pada harga 575,000 pound (RM3.13 juta)!

Dia mulanya menyangka ia hanyalah teko biasa sehinggalah seorang pakar seramik, Clare Durham memberitahu ia merupakan barangan ‘super antik’ yang begitu sukar untuk ditemui.

Teko Antik Bartlam Berharga RM81 Rupa-rupanya Bernilai RM3 Juta!

Menurut Clare, wanita itu mengesyaki porselin itu bukan berasal dari Britain namun setelah membuat kajian lanjut, beliau akhirnya menyedari ia adalah hasil tangan Bartlam.

“Teko ‘cabuk’ itu sebenarnya merupakan porselin pertama yang dihasilkan di Amerika Syarikat, kira-kira 250 tahun lalu.

“Ia adalah hasil seni seorang ekspatriat Britain, John Bartlam yang berdagang merentasi Lautan Atlantik untuk menunjukkan bagaimana porselin dihasilkan,” katanya.

Teko Antik Bartlam Berharga RM81 Rupa-rupanya Bernilai RM3 Juta!

Hasil kerja Bartlam dikatakan terlalu bagus sehingga membuatkan usahawan tembikar, Josiah Wedgwood berasa terancam kerana perniagaan eksportnya terjejas teruk ketika zaman itu.

Perniagaan Bartlam kemudian tenggelam ketika Revolusi Amerika dan hasil buatan tangannya hampir mustahil ditemui hari ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Jam Sympathique Barangan Antik Paling Mahal Didunia

sumber: mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon