Monday, February 12, 2018

Siapa Sebenarnya 'Jack The Stripper' Pembunuh Bersiri Yang Menggemparkan England!


Pada pertengahan tahun 1960an, berlaku siri pembunuhan misteri di United Kingdom yang digelar 'The Thames Nude Murders' kerana semua mangsanya adalah pelacur yang ditinggalkan dalam keadaan bogel di tebing sungai.

Siapa Sebenarnya 'Jack The Stripper' Pembunuh Bersiri Yang Menggemparkan England!

Pembunuh bersiri ini juga mempunyai tabiat pelik, dia gemar melakukan oral seks dengan mangsa sebelum membunuh mereka.

Mayat empat mangsanya yang terakhir ditemui terdampar dengan kesan semburan cat badan.

Polis percaya pembunuhan ini lebih bermotifkan perasaan benci terhadap pelacur, mungkin kerana kecewa dengan sikap mereka, kemudian memalukan wanita-wanita itu dengan mencampakkan mayat-mayat mangsa dalam keadaan bogel di tepi sungai.

Berdasarkan modus operandinya, polis percaya kesemua mangsa di bunuh dalam sebuah kedai cat atau berhampiran dengannya.

Malangnya, 'Jack The Stripper' sukar dikesan.

Polis telah melakukan pelbagai usaha namun semuanya menemui kegagalan sehinggalah pada awal tahun 1965, setelah mereka mengenal pasti sebuah kedai di satu kawasan perindustrian bahagian barat London sebagai lokasi 'Jack The Stripper' melakukan jenayah.

Disitulah semua mangsa dipercayai dikurung, dibunuh dan disembur dengan cat.

Intipan diperhebatkan, identiti pembunuh kian jelas. Pembunuh dipercayai seorang pemandu van yang bekerja pada waktu malam dan selalu berulang-alik ke kedai tersebut.

Siapa Sebenarnya 'Jack The Stripper' Pembunuh Bersiri Yang Menggemparkan England!

Polis hanya menunggu masa sahaja untuk menangkap pembunuh misteri ini, bagaimanapun belum sempat menyerbu, suspek telah terlebih dahulu membunuh diri.

Disisi lelaki berusia 45 tahun itu terdapat sekeping nota berbunyi, 'tak sanggup lagi menanggung tekanan ini.'

Walaupun episod pembunuhan terhadap pelacur telah berakhir, polis tidak dapat mengesahkan lelaki yang membunuh diri adalah 'Jack The Stripper'.

Ekoran kekurangan bukti kukuh, siri pembunuhan 'The Thames Nide Murders' telah dimasukkan ke dalam ensiklopedia jenayah United Kingdom sebagai kes misteri yang gagal diselesaikan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 10 Pembunuh Bersiri Paling Kejam

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon