Friday, January 12, 2018

Najib Bakal Masuk Penjara Berita Palsu


Akhbar Sinar Harian menafikan telah mengeluarkan sebarang berita kononnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak bakal dipenjarakan sekiranya BN kalah dalam PRU14.

Najib+masuk+penjara

Berita tular yang disebarkan di media sosial memaparkan gambar Najib berserta kenyataan, 'Andai saya (Najib) kalah, saya pasti mengikut jejak Anwar Ibrahim dan mungkin akan mati dalam penjara' telah disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan menggunakan platform Sinar Harian Online.

Ketua Pengarang Sinar Harian Norden Mohamed berkata, penyiaran berita palsu berkenaan itu berniat jahat dengan mengaitkan Sinar Harian Online.

"Gaya penulisan yang terpapar itu tidak mengikut gaya penulisan (house style) Sinar Harian.

"Kandungan berita itu tidak mengandungi dateline (tempat), tarikh berita ditulis dan tiada 'watermark' (cop) Sinar Harian pada foto yang tersiar," katanya.

Masthead Sinar Harian kerap digunakan sebagai penghias berita-berita palsu yang kemudiannya ditularkan.

BACA INI JUGA: Ketakutan Bertemu Donald Trump Yang Amat Sangat!

sumber: sinarharian

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon