Saturday, January 27, 2018

Apa Itu Kejohanan Baru Liga Negara Eropah UEFA?


Liga Negara Eropah dianjurkan pada tahun yang tidak mempunyai kejohanan utama iaitu Piala Dunia dan juga Kejohanan Eropah (Euro), melibatkan 55 negara Eropah UEFA yang dibahagikan kepada 4 liga, iaitu Liga A hingga D.

Apa Itu Kejohanan Baru Liga Negara Eropah UEFA?

Bagi kejohanan sulung yang akan dianjurkan tahun 2018, pasukan yang bertanding akan dibahagikan mengikut ranking dan diletakkan Liga A hingga D.

12 pasukan yang berada pada ranking terbaik akan diletakkan dalam Liga A sementara yang tercorot berada di dalam Liga D.

Setiap pasukan akan bertemu sebanyak dua kali, melibatkan perlawanan di tempat sendiri dan timbal balik, bermula September sehingga November 2018 dalam tempoh 10 minggu.

Seperti liga-liga bola sepak yang lain, juara liga bawahan akan dinaikkan ke peringkat liga yang lebih tinggi, sementara pasukan yang berada di kedudukan terakhir dalam kumpulan akan diturunkan satu peringkat liga.


Empat pasukan yang menjuarai kumpulan Liga A akan bersaing dalam peringkat kalah mati pada Jun 2019, untuk menentukan siapa juara Liga Negara Eropah.

Liga ini juga akan digunakan sebagai proses untuk kelayakan Kejohanan Eropah, Euro 2020 dan secara tidak langsung mempercepatkan proses kelayakan tersebut.

Dua pasukan terbaik dalam 10 kumpulan Liga Negara Eropah ini akan menempah tempat ke Kejohanan Eropah.

Berikut senarai Liga Negara Eropah 2018 selepas undian diadakan yang dijalankan.

Liga A

Kumpulan 1
Belanda
Perancis
Jerman

Kumpulan 2
Iceland
Switzerland
Belgium

Kumpulan 3
Poland
Itali
Portugal

Kumpulan 4
Croatia
England
Sepanyol

Liga B

Kumpulan 1
Republik Czech
Ukraine
Slovakia

Kumpulan 2
Turki
Sweden
Rusia

Kumpulan 3
Ireland Utara
Bosnia
Austria

Kumpulan 4
Denmark
Ireland
Wales

Liga C

Kumpulan 1
Israel
Albania
Scotland

Kumpulan 2
Estonia
Finland
Greece
Hungary

Kumpulan 3
Cyprus
Bulgaria
Norway
Slovenia

Kumpulan 4
Lithuania
Montenegro
Serbia
Romania

Liga D

Kumpulan 1
Andorra
Kazakhstan
Latvia
Georgia

Kumpulan 2
San Marino
Moldova
Luxembourg
Belarus

Kumpulan 3
Kosovo
Malta
Kepulauan Faroe
Azerbaijan

Kumpulan 4
Gibraltar
Liechtenstein
Armenia
Macedonia

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 10 Rekod Bola Sepak Yang Pasti Sukar Dipecahkan Untuk Tempoh Yang Lama!

sumber: astroawani

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon