Friday, January 26, 2018

13 Golongan Peristiwa Israk Diterangkan Malaikat Jibrail Kepada Umat Akhir Zaman


Ketika peristiwa Israk, Rasulullah SAW dibawa berjalan melalui pelbagai peristiwa yang perlu diterjemahkan oleh Malaikat Jibrail apa pengertiannya.

13 Golongan Peristiwa Israk Diterangkan Malaikat Jibrail Kepada Umat Akhir Zaman
Gambar hiasan.

Dan berikut adalah 13 peristiwa yang dialami Rasulullah SAW sebagai panduan kepada kita sebagai umatnya;

1. Kaum Yang Bertani

Rasulullah dapat melihat kaum yang sedang bertanam padi dan terus dapat menuai hasil tanaman mereka dan hal itu berlaku berulang-ulang kali.

Penerangan Jibrail - “Itulah kaum yang berjihad dilipat gandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.”

2. Kubur Masyitah

Rasulullah tiba di sebuah tempat yang berbau harum. Itulah kubur Masyitah, pembantu Firaun bersama suaminya dan anak-anaknya yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah.

Penerangan Jibrail - "Itulah balasan kepada mereka yang percaya dan berpegang teguh kepada Allah SWT."

3. Golongan Yang Memecahkan Kepala Sendiri

Rasulullah SAW dapat melihat sekumpulan orang yang memecahkan kepala mereka dengan batu dan setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan lagi berulang kali.

Penerangan Jibrail - “Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud.”

4. Golongan Yang Separuh Bogel

Rasulullah SAW bertemu dengan sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka dengan secebis kain dan dihalau seperti binatang ternakan, serta makan bara api.

Penerangan Jibrail - “Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.”

5. Golongan YangMemakan Daging Busuk

Rasulullah SAW berjumpa kaum lelaki dan perempuan yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging yang dimasak elok ada di sisi mereka.

Penerangan Jibrail - “Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing mempunyai isteri atau suami.”

6. Golongan YangBerenang Dalam Sungai Darah

Rasulullah SAW kemudian melihat seorang lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan dengan batu-batu.

Penerangan Jibrail - “Itulah orang yang makan riba.”

7. Golongan Yang Memikul Beban Berat

Rasulullah SAW lalu bertemu lelaki yang kerjanya menghimpun seberkas kayu yang dia tak berdaya memikulnya, tetapi tetap degil lalu menambahkan lagi bilangan kayu yang mahu dipikulnya.

Penerangan Jibrail - “Itulah orang tak dapat memenuhi amanah yang sudah diterima tetapi masih berani mahu menerima amanah yang lain.”

8. Golongan YangMenggunting Lidah Sendiri

Rasulullah SAW kemudian berjumpa dengan satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan gunting besi, setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali menjadi seperti biasa.

Penerangan Jibrail - “Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.”

9. Golongan YangMencakar Wajah Dan Dada Sendiri

Rasulullah SAW kemudian menemui sekumpulan orang yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka.

Penerangan Jibrail - “Itulah orang yang mengumpat dan menjatuhkan maruah, mencela serta menghina orang lain.”

10. Lembu Yang Cuba Masuk Ke Dalam Lubang Kecil

Rasulullah SAW juga dapat melihat seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit bentuknya dan saiznya. Tetapi apabila lembu jantan itu cuba memasuki semula lubang tersebut, lembu itu gagal.

Penerangan Jibrail - “Itulah orang yang bercakap besar kemudian menyesal, tetapi penyesalannya sudah terlambat.”

11. Wanita Yang Dipenuhi Perhiasan

Datang seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan perhiasan lalu Rasulullah SAW bertindak untuk tidak memperdulikannya.

Penerangan Jibrail - "Itulah dunia. Jika diberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.”

12. Wanita Tua

Datang seorang lagi perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah SAW berhenti lalu Rasulullah sekali lagi tidak menghiraukannya.

Penerangan Jibrail - "Itulah orang yang mensia-siakan usianya."

13. Wanita Bongkok Tiga

Akhir sekali, datang pula seorang perempuan yang badannya bongkok tiga menahan Rasulullah SAW.

Penerangan Jibrail - “Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.”

Cuba kita lihat semula 13 pengajaran yang ada:
  1. Berjihadlah menegakkan agama Allah.
  2. Berpeganglah kepada Allah swt sebagai Tuhan Yang Satu.
  3. Utamakan solat.
  4. Bayar zakat.
  5. Elak zina.
  6. Elak riba.
  7. Penuhi amanah.
  8. Elak fitnah.
  9. Elak menghina orang lain.
  10. Elak perasaan bongkak.
  11. Utamakan akhirat berbanding dunia.
  12. Jangan sia-siakan usia.
  13. Dunia sudah sampai ke usia hujungnya.

Rasanya anda sudah faham apa yang sebenarnya kita perlu lakukan.

Wallahu a'lam.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon