Saturday, December 23, 2017

Labah-labah Hitam Misteri Berjaya Dirakam!


Seorang wanita di Sydney, Australia, Nicole Wedlock, 22, sanggup mengambil risiko apabila merakam video seekor labah-labah hitam misteri yang ditemui di rumahnya, yang pada ketika kejadian labah-labah itu berada hanya beberapa meter dari biliknya.

Labah-labah Hitam Misteri Berjaya Dirakam!

Satu klip video menunjukkan labah-labah berwarna hitam sepanjang 7 sentimeter (sm) itu berada di dalam sebuah bekas lutsinar.

Wedlock memberitahu, dia memuat naik video itu di laman Facebook untuk bertanya adakah sesiapa mengetahui apakah jenis labah-labah tersebut.

“Ketika merakamnya, saya bimbang serangga itu mungkin memanjat untuk keluar dari bekas tersebut.

"Kemudian barulah saya sedar labah-labah itu telah mati dan terdapat serangga lain pula menumpang pada tubuhnya,” katanya.

Sukarelawan Hidupan Liar Sydney itu mengakui, dia pernah menemui beberapa labah-labah seperti itu di rumahnya sebelum ini, namun tidak sebesar itu atau mempunyai serangga di dalamnya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Keajaiban Labah-labah Yang Mampu Menampung 173 Kali Berat Badannya Sendiri!

sumber: kosmo

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon