Saturday, December 23, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (23 Disember)


Tanggal 23 Disember merupakan hari ke 357 (hari ke 358 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 8 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (23 Disember)
Running back Pittsburgh Steelers, Franco Harris.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Keputeraan Maharaja di Jepun dan Ziemassvetki di Latvia kuno.

Peristiwa

962 - Perang Arab-Byzantine: Di bawah bakal Maharaja Nicephorus Phocas, tentera Byzantine menggempur kota Aleppo, mendapat balik tunik koyak-rabak John Pembaptis.

1823 - Puisi A Visit from St. Nicholas yang dikatakan ditulis oleh Clement Clarke Moore diterbitkan buat pertama kali.

1947 - Transistor yang direka oleh John Bardeen, Walter Brattain dan William Shockley, ditunjuk cara buat pertama kali di Bell Labs.

1954 - Pemindahan organ manusia pertama yang berjaya: Dr. Joseph Murray dan Dr. J. Hartwell Harrison memindahkan buah pinggang kepada seorang pesakit daripada saudara kembarnya.

1972 - Ibu negara Nicaragua, Managua dilanda gempa bumi bermagnitud 6.5, mengorbankan lebih 10,000 orang.

1972 - Pemain running back Pittsburgh Steelers Franco Harris mencapai Penerimaan Sempurna dengan hantaran bola sepak "kepada"nya oleh quarterback Terry Bradshaw pada hampir akhir permainan perlawanan semula.

1986 - Voyager menjadi pesawat udara pertama yang terbang mengelilingi Bumi tanpa berhenti atau mengisi bahan bakar.

1990 - Republik Slovenia mengundi untuk berpisah daripada Republik Persekutuan Sosialis Yugoslavia.

2007 - Parti Palang Prachachon memenangi pilihan raya umum Thailand.

2008 - Satu rampasan kuasa di Guinea diumumkan tidak lama selepas kematian Presidennya Lansana Conté.

2010 - Bekas Presiden Argentina Jorge Rafael Videla dihukum penjara seumur hidup selepas disabitkan bersalah jenayah terhadap manusia.

Kelahiran

1986 - Shahurain Abu Samah, pemain bola sepak Negeri Sembilan.

Kematian

1983 - Mohd Daud bin Abdul Samad, seorang Menteri Besar Terengganu ke-6.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (22 Disember)

sumber: wikipedia

1 comment

  1. Memang setiap saat ada saja sejarah dunia berlaku...

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon