Wednesday, December 06, 2017

Kenali Dahlia Shazwan Penyampai Iklan Trivago!

Loading...

Setiap hari anda pasti akan melihat susuk tubuh personaliti tinggi lampai iklan Trivago dalam pelbagai versi dan tahukah anda nama pengacara tersebut ialah Dahlia Shazwan, salah seorang pengacara televisyen di rangkaian siaran tv Astro.

Dahlia Shazwan Iklan Trivago

Dengan pakej yang cukup sempurna Dahlia Shazwan semakin dikenali menerusi rancangan Hlive di Astro Ria, merupakan anak jati Kuala Lumpur yang dilahirkan menerusi program realiti On Air pada tahun 2012.

Dahlia Shawzwan telah tersingkir awal pada program tersebut, namun begitu bukan bererti rezeki beliau dalam bidang penyiaran terhenti di situ. Lihat sahaja apa yang dikecapi oleh Dahlia sekarang.

Biodata Dahlia Shazwan
  • Nama Penuh: Dahlia Shazwan Mohd Amin
  • Nama Pentas: Dahlia Shazwan
  • Umur: 29 Tahun (2017)
  • Tarikh Lahir: 1 Jun 1988
  • Zodiak: Gemini
  • Asal: Kuala Lumpur
  • Adik Beradik: Anak ketiga daripada lima beradik
  • Status: Berkahwin
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia

Kerjaya
  • Pengacara, Wartawan Penyiaran Hiburan, Emcee, Model & Penerbit Program Televisyen

Hos TV
  • HLive!, Kerjakan Dia, PM Live!, AM Live!, Hello Banjaran, Inspirasi HLive!, Berita Sangat Serius, Gala TV, Diari Akademi Fantasia (AF) 2016 dan banyak lagi.

Laman Media Sosial Dahlia Shazwan
Trivia Menarik Tentang Dahlia Shazwan
  • Lulusan jurusan Diploma Komunikasi dan Media dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka.
  • Mendirikan rumah tangga dengan lelaki pujaan hati bernama Shafiq Ismet pada 23 Julai 2016.
  • Paling menarik, Dahlia dan pasangan mendapat tajaan sehingga RM10,000 sempena majlis perkahwinan mereka.
  • Figura tinggi lampai ini kini sarat mengandung anak pertama.
  • Ayahnya iaitu Mohd Amin merupakan bekas wartawan.
  • Menggalas peranan sebagai pengarah untuk muzik video berjudul Sakit Ku Rasa nyanyian Black Hanifah.
  • Jika ada masa terluang, Dahlia suka melancong dan mengembara ke luar negara. Antara destinasi menarik yang pernah dilawatinya adalah Jogja, London, Jepun, Iceland dan banyak lagi.
  • Pernah mengendalikan beberapa acara karpet untuk anugerah seperti Karpet Merah Anugerah Meletop Era (AME) 2015, Karpet Biru Anugerah Industri Muzik (AIM) 2012 dan Karpet Glamor AIM 2014.
  • Merupakan rakan sekerja CK Faizal, Yaya Zahir, Eleena Sui, Adriana Adnan, Donna Muslim dan Hazeman Huzir (Hos HLive!).
  • Model iklan aplikasi tempahan hotel terkenal iaitu Trivago.
  • Menjadi bekas personaliti TV3 iaitu Wan Zaleha Razi sebagai idolanya dalam dunia pengacaraan.
  • Sehingga artikel ini ditulis, Dahlia mempunyai seramai 150,000 pengikut di Instagram miliknya.

Dituduh Sombong

Pernah dahulu pada tahun 2013, ada laporan dari MStar Online yang berkaitan mengatakan Dahlia Shazwan seorang yang sombong. Jom kita ikuti laporan tersebut.

Pengacara baharu Astro, Dahlia Shazwan enggan menyalahkan mana-mana pihak berhubung dakwaan kononnya dia bersikap sombong dan berat mulut.

Laporan tersebut adalah berbunyi seperti ini. Dahlia atau nama sebenarnya Dahlia Shazwan Mohd Amin, 25, berkata, salah faham itu timbul disebabkan sifat semula jadinya yang tidak pandai bergaul dengan orang yang tidak dikenali.

“Sudah banyak kali saya dengar orang kata saya kekwat (sombong) dan tidak mesra dengan orang keliling tetapi saya tidak salahkan orang lain.

“Sebenarnya saya seorang yang pemalu dan tidak pandai sangat berbual dengan orang yang tidak dikenali,” jelasnya.

Penyampai berita Gala TV di Astro Awani ini berkata, sebagai orang baharu dalam bidang hiburan dia berusaha untuk memperbaiki kekurangan diri agar lebih disenangi ramai.

“Saya agak kecewa juga dengan tuduhan itu tetapi sama ada suka atau tidak, saya perlu menyesuaikan diri dengan budaya pergaulan dalam industri ini.

“Cuma berilah saya masa untuk baiki kekurangan ini sebab agak susah untuk ubah sikap semulajadi yang berat mulut kepada periang dengan serta-merta,” katanya.

Dahlia berkata, dakwaan itu dianggap sebagai peringatan untuk perkembangan kerjayanya yang baharu bermula.

“Saya perlu ubah kekurangan yang ada. Bagi saya kalau tiba-tiba kita bersikap bertentangan dengan sifat semulajadi bukan bermakna kita hipokrit.

“Demi kebaikan dan mendatangkan keselesaan semua pihak, tidak salah jika saya ubah sikap,” katanya.

Dahlia adalah salah seorang daripada 11 pengacara dan wartawan penyiaran pelapis Astro di bawah bimbingan pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Sumandak Sabah 'Phan' Mirip Selena Gomez Dilamar Jadi Heroin!

sumber: encikshino | blogmazeer

2 comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon