Wednesday, November 01, 2017

Ratu Cantik Miss Universe Malaysia Pertaruh Imej Nasi Lemak!

Loading...

Identiti nasi lemak sebagai makanan tempatan paling sinonim dengan rakyat Malaysia tidak terhad dengan variasi dalam bentuk menu makanan unik seperti burger nasi lemak atau ais krim nasi lemak.

Samantha Katie James

Terbaru, ratu cantik Malaysia 2017 bakal menggayakan gaun bertema nasi lemak untuk pertandingan ratu cantik dunia di Las Vegas 2017.

Samantha Katie James diumumkan bakal memperagakan gaun rekaan pereka fesyen Brian Khoo itu bagi kategori pakaian kebangsaan melalui sidang media di Petaling Jaya.

Sementara itu, facebook rasmi Miss Universe Malaysia menyiarkan gambar Samantha memakai gaun nasi lemak yang dimaksudkan.

Gaun putih itu lengkap dengan perhiasan berupa telur goreng, ikan bilis, timun serta sambal di bahagian hadapan menutupi separuh badannya.

Samantha Katie James

Bahagian belakang gaun itu pula dilekatkan perhiasan menyerupai daun pisang yang juga seakan-akan kepak rama-rama sekaligus membuatkan gadis kacukan Cina-Brazil dari Klang itu seakan-akan watak fantasi ratu nasi lemak.

Rata-rata komentar pengguna facebook pada gambar itu menyatakan mereka suka dan berbangga makanan rakyat Malaysia itu dijadikan tema untuk pertandingan ratu cantik peringkat dunia.

BACA INI JUGA: Kisah Pahit Ratu-Ratu Cantik Miss Malaysia

sumber: mk

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon