Wednesday, November 01, 2017

Pemain Bola Sepak Di China Dapat Bonus RM13 Juta!


Ketika banyak pasukan bola sepak bersaing mencari pemain import terbaik, sebuah kelab tempatan di China membuktikan mereka masih hebat walaupun hanya dibarisi anak tempatan.

Bonus rm13 juta

Lebih manis, kejayaan Meizhou Meixian Techand mara ke Liga 1 China musim hadapan menyaksikan semua pemain menerima ‘durian runtuh’ apabila dihadiahkan bonus sebanyak 20 juta yuan (kira-kira 12.8 juta) setiap seorang.

Portal tempatan Goal.com melaporkan, ganjaran lumayan tersebut diberikan pemilik kelab bagi meraikan kejayaan pasukan itu setelah mengalahkan Shenzen Ledman dalam perlawanan play-off dengan keputusan aggregat 3-1.

Gambar para pemain bersama hadiah insentif mereka itu mula tersebar tular dalam kalangan pengguna media sosial tempatan sejak malam tadi, dan turut dikongsikan melalui akaun twitter Liga 2 China, @Chinaleaguetwo.

Pasukan yang ditubuhkan oleh Dongguan City Sports Bureau sejak tahun 2003 itu dilaporkan hanya menampilkan aksi 31 pemain tempatan tanpa seorang pun kelibat pemain import, dan berpangkalan di wilayah Guangdong.

Ia kini dimiliki oleh firma Shenzhen Tiehan Ecological Environment Co., Ltd, sebuah syarikat tempatan yang aktif menjalankan perniagaan kejuruteraan dan pembinaan sebagai pemegang saham terbesar pasukan tersebut.

Kuasa wang pemilik kelab bola sepak di China bukan lagi satu rahsia, dengan kemampuan mereka untuk menarik pemain dan jurulatih ternama seperti Axel Witsel, Carlos Tevez, Marcello Lippi dan Sven-Göran Eriksson.

Ramai warga asing beraksi dalam Liga Super China memeriahkan arena bola sepak tempatan, tetapi kejayaan Meizhou Meixian Techand di bawah jurulatih Hong Kong, Li Haiqiang memang unik.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 9 Pemain Bola Sepak Paling Mahal Di Dunia

sumber: mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon