Thursday, November 09, 2017

Misteri Gadis Bunuh Diri Kembali Membalas Dendam!


Pada pertengahan tahun 1991, penduduk Kampung Berangan Enam, Melaka, gempar dengan jelmaan maat seorang gadis bernama Maisarah.

Misteri roh balas dendam
Gambar hiasan.

Diceritakan bahawa Maisarah sering menjelma disekitar kampung itu, khususnya ditempat menunggu bas dan kilang tempatnya bekerja.

Siapa Maisarah?

Dia seorang gadis baik dan mencintai teman lelakinya hingga sanggup menyerahkan segala-galanya.

Malangnya, habis madu sepah dibuang. Lelaki itu mempermain-mainkannya, malah hendak menghadiahkan Maisarah kepada sahabatnya pula.

Maisarah kecewa, lantas membunuh diri dengan meminum racun.

Dikatakan bahawa dia meninggal dunia dalam keadaan berbadan dua. Lebih malang, keluarga Maisarah enggan menuntut mayatnya.

Jenazah gadis itu kemudian dikebumikan oleh keluarga angkatnya dan berlangsung dalam hujan lebat dan ribut petir.

Sejak itulah jelmaan Maisarah sering muncul di kampung tersebut.

Bagaimana dengan lelaki yang mempermainkannya?

Dikatakan bahawa otak lelaki itu telah mereng kerana tidak tahan diganggu oleh jelmaan Maisarah yang datang untuk membalasa dendam.

Nah, misteri apakah yang berlaku ini?

Kebetulan? Qarin? Atau halusinasi?

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA: Misteri Rayuan Roh Pulau Poveglia

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon