Saturday, November 04, 2017

6 Jenis Pugai Balabak, Ilmu Pengasih Dari Kepulauan Bangi


Terdapat paranormal yang mengkelaskan Pugai Balabak kepada beberapa jenis, iaitu Pugai Balabak Api, Pugai Balabak Air, Pugai Balabak Angin dan Pugai Balabak Tanah.

Pugai Tujuh 7 Serangkai
Pugai Tujuh 7 Serangkai.

Sebenarnya, pengkelasan ini adalah satu pembaharuan dalam meramu dan mencipta Pugai Balabak.

Berikut merupakan 6 Jenis Pugai Balabak.

1. Pugai Balabak Asli Silampituk

Pugai Balabak ini adalah Pugai Balabak terkuat dan yang paling asli. Sebenarnya Silampituk tidak pernah mencipta Pugai Balabak berjenis-jenis sama ada air, angin, tanah atau api.

Ini disebabkan Pugai Balabak Asli Silampituk telah pun menggabungkan unsur air, angin, tanah dan api.

Justeru itu, Pugai Balabak inilah yang kekuatannya melebihi 7 kali ganda kekuatan Kebal Umum dari segi hirarki khadam.

Pugai Balabak Asli tidak dapat dibawa melintas lautan dari Pulau Balabak atau Pulau Banggi ke Tanah Besar Sabah kerana jika ia dibawa melintasi lautan, ombak besar akan menyerang pembawa pugai ini.

Apa puncanya?

Sebab pugai ini ada penjaga atau Kadam Air bersamanya. Kenapa pula Pugai Balabak akan dikejar angin ribut taufan jika dibawa melintas lautan? Sebab Khadam Angin ada bersamanya.

Kenapa pula Pugai Balabak amat berat untuk dibawa sehingga kapal yang membawanya boleh karam atau kereta yang membawa orang yang membawa Pugai Balabak tidak dapat bergerak, enjin rosak atau tayar pancit? Sebab Pugai Balabak dijaga oleh Khadam Tanah yang tentunya berat.

Kenapa pula kenderaan atau bot yang membawa Pugai Balabak akan cepat panas enjinnya sehingga boleh rosak, terbakar atau meletup? Sebab Khadam Api ada bersamanya.

Terdapat lagi Khadam-khadam lain yang turut menjaga Pugai Balabak Asli termasuklah Khadam Pokok Balabak (bukan seorang) dan terdapat beberapa Ramuan Rahsia Pugai Balabak Asli yang sukar ditemui.

Tujuan Ramuan Rahsia ini adalah untuk menyatukan 4 Khadam 4 anasir dalam satu ramuan sahaja.

Cara mengambil dan mengenal bahan-bahan yang dijaga atau menjadi ikutan Khadam 4 anasir ini ada petua, masa mengambil dan bacaannya.

Setelah semua ramuan ini diperolehi barulah Pugai Balabak diproses dengan dibacakan jampi seruan Pembangkit Pugai Balabak. Jampi dalam bahasa Balabak Kuno dan tidak semua waris balabak mengetahui jampi ini.

Justeru itulah ramai yang mencari Pugai Balabak Asli yang power kononnya untuk Proses Menarik Wang tetapi gagal menemuinya walaupun sampai ke Pulau Balabak.

2. Pugai Balabak Api

Warnanya merah dan dibuat daripada campuran getah Kayu Balabak. Dijaga oleh Khadam Api dan lain-lain Khadam Pengiring.

3. Pugai Balabak Tanah

Diramu dari campuran tanah tempat rahsia di Pulau Balabak dan akar Kayu Balabak (Jenis akarnya adalah yang terpilih dan bukan sebarang akar).

Dijaga oleh Khadam Tanah dan lain-lain Khadam terpilih. Warnanya seakan-akan tanah kecoklatan bergantung jenis campuran ramuannya.

4. Pugai Balabak Air

Diramu dari Air Embun bersama Bunga Pokok Balabak. Amat sukar dicari dan hanya terdapat pada waris asli Silampituk sahaja.

Selalunya tidak akan ditukar milik atau diberikan kepada sebarang orang, kecuali orang-orang yang bernasib baik dan Ketua pemimpin politik.

Dicampur dengan air mata terpilih. Dijaga oleh Khadam Air dan beberapa Khadam terpilih.

5. Pugai Balabak Angin

Berupa jampi seruan Khadam Angin Pugai Balabak. Jampi ini dalam bahasa Balabak Kuno dan ada nama-nama angin dan nama khadam dalam bahasa Balabak Kuno.

Jampi inilah yang amat mujarab dan jika diseru melalui angin, mangsa akan mabuk kepayang walaupun di tanah seberang, sanggup berenang biarpun ditelan ikan jerung.

6. Pugai Balabak Kayu

Kayu Balabak sahaja. Ada caranya menjinakkan mangsa hanya dengan menggunakan kayu Balabak tanpa apa-apa bacaan atau ramuan lain.

Mangsa akan sanggup sehidup semati, tidur berbantalkan lengan, bagai belangkas sepasang atau bagai romeo dan juliet.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Minyak Kayu Balabak Ilmu Pengasih Paling Ampuh

sumber: geligakinabalu

5 comments

  1. Asslammulikum mcmna nak dpt kn minyak gelabak ori super power

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bole tinggalkan no HP tuan .. Sya ada minyak nya

      Delete
  2. Ada kenal bomoh yg boleh santau hingga mati tak

    ReplyDelete
  3. 0109363620 pm secepatnya ada kwn yg berminat

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon