Saturday, November 25, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (25 November)


Tanggal 25 November merupakan hari ke 329 (hari ke 330 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 36 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (25 November)
Perang Korea.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Kebangsaan di Bosnia dan Herzegovina (1943), Hari Kemerdekaan di Suriname (1975) dan Hari Guru di Indonesia.

Peristiwa

1034 - Donnchad, anak lelaki puteri kedua Raja Máel Coluim, dan bukan Mac Bethad, anak lelaki puteri sulungnya, mewarisi takhta untuk menjadi Raja Scotland.

1120 - Pewaris sah tunggal Raja Henry I dari England, William Adelin lemas dalam Kecelakaan White Ship, mengakibatkan kemelut pewarisan yang menjatuhkan dinasti Norman di England.

1795 - Raja Poland terakhir, StanisÅ‚aw August Poniatowski dipaksa turun takhta selepas Pemecahan Ketiga Komanwel Poland–Lithuania oleh Austria, Prusia dan Rusia.

1936 - Jerman dan Jepun menandatangani Pakatan Anti-Comintern, menyetujui jika Kesatuan Soviet menyerang salah seorang, mereka akan berunding mengenai langkah yang akan diambil "bagi melindungi kepentingan bersama".

1950 - Republik Rakyat China menyertai Perang Korea, menghantar ribuan askar menyeberangi sungai Yalu untuk menghadapi pasukan PBB.

1984 - Band Aid: 36 ahli muzik pop terkemuka Britain dan Ireland berkumpul di sebuah studio Notting Hill untuk merakam lagu Do They Know It's Christmas? bagi memungut wang untuk bantuan kebuluran di Habsyah.

1992 - Ahli perundangan di Czechoslovakia mengundi memisahkannya kepada Republik Czech dan Slovakia bermula 1 Januari 1993.

2000 - Gempa bumi 7 Ms melanda Baku, Azerbaijan, membunuh 26 orang dan mencederakan 400 lagi.

2009 - Hujan luar biasa menyebabkan banjir kilat di Jeddah, Arab Saudi, mengorbankan 122 orang dan mengandaskan ribuah jemaah haji.

2011 - Yahya Jammeh terpilih semula sebagai Presiden Gambia.

Kelahiran

1920 - Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail, Yang di-Pertuan Agong ketiga.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (24 November)

sumber: wikipedia

1 comment

  1. Jadi sumber sejarah ni blog SP bagus..teruskan usaha

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon