Friday, October 13, 2017

Venezuela Kehabisan Dakwat Dan Kertas


Rakyat Venezuela telah dimaklumkan bahawa mereka boleh menggunakan pasport yang telah tamat tempoh selama dua tahun lagi.

Venezuela

Ini disebabkan kerajaan negara Amerika Latin itu sudah kehabisan bekalan kertas dan dakwat untuk mencetak pasport baharu.

Dikri kecemasan mengenai perkara itu telah ditandatangani oleh Presiden Nicolas Maduro untuk melanjutkan tempoh sah pasport tersebut.

Sekurang-kurangnya sejuta rakyat Venezuela terpaksa menunggu berbulan-bulan untuk mendapatkan pasport baharu dan keadaan ini menyebabkan mereka tidak dapat ke luar negara untuk sementara waktu.

Pada Mac 2017, Jabatan Imigresen negara itu memaklumkan kekurangan material mengakibatkan masalah itu berlaku.

Tuntutan perjalanan semakin meningkat di Venezuela kerana penduduknya ingin melarikan diri daripada krisis politik serta kemelesetan ekonomi di negara berkenaan.

Sejak harga minyak global menjunam pada 2015, Venezuela tidak mempunyai dana untuk mengimport barang termasuk barang asas seperti makanan dan ubat-ubatan.

Kadar inflasi di negara itu juga meningkat kepada 700 peratus.

Ia bertambah buruk apabila berlaku peningkatan mendadak dalam jenayah keganasan terutama di ibu kota Caracas.

BACA INI JUGA: Sebiji Burger Berharga RM704 Di Venezuela!

sumber: mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon