Friday, October 06, 2017

Pesta Jualan Buku Terbesar Di Dunia Oktober 2017


“The Big Bad Wolf” pesta jualan buku terbesar di dunia, telah diadakan di ibu negara Sri Lanka pada Khamis (5/10/12017) dengan sejumlah 1.5 juta buku ditawarkan, lapor agensi berita China Xinhua.

The Big Bad Wolf 2017

Diasaskan oleh Pengarah Urusannya, Andrew Yap dan Pengarah Eksekutif, Jacqueline Ng di Malaysia, jualan itu bertujuan menggalakkan tabiat membaca buku bahasa Inggeris pada harga berpatutan.

Jualan tahun 2017 ini, yang dirasmikan di Colombo oleh Menteri Pendidikan, Akila Viraj Kariyawasam, akan dibuka 24 jam sehari, sekaligus beri peluang kepada peminat buku untuk beli-belah tanpa henti selama 10 hari berturut-turut.

Ia akan berakhir pada 15 Oktober 2017.

The Big Bad Wolf mendapat sokongan ProRead Lanka (Pvt) Ltd, sebuah firma yang mempunyai misi menyebarkan ilmu dengan buku pada harga mampu milik, dan Kementerian Pendidikan Sri Lanka.

Pengarah ProRead Lanka (Pvt) Ltd, Nishan Wasalathanthri, berkata mereka begitu teruja dengan peluang yang ditawarkan melalui Jualan Buku The Big Bad Wolf kepada golongan ulat buku dan ibu bapa di Sri Lanka.

“Sejak awal lagi kami telah mengenal pasti keperluan mengadakan jualan buku seperti ini di Sri Lanka, dan kami positif pengunjung akan gembira dengan pilihan buku yang ada selain pelbagai aktiviti yang kami sediakan bagi menggalakkan satu komuniti yang berkongsi ilmu,” katanya.

Menurut laporan media, The Big Bad Wolf mengadakan jualan pertamanya pada 2009 di negeri Selangor, Malaysia. Ia kemudian turut diadakan di Thailand dan Indonesia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Pesta Jualan Murah Buku Online BookCafe!

sumber: mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon