Thursday, October 12, 2017

Sambutan Hari Penglihatan Sedunia, World Sight Day


Sambutan Hari Penglihatan Sedunia, World Sight Day disambut pada Khamis minggu kedua bulan Oktober setiap tahun bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat bahawa kebutaan adalah masalah terbesar dalam isu kesihatan umum pada waktu ini.

Hari Penglihatan

Masyarakat hari ini semakin prihatin mengenai penjagaan kesihatan untuk menjana kehidupan yang lebih baik dan sejahtera.

Namun tidak ramai yang mengetahui penjagaan kesihatan mata juga tidak kurang pentingnya memandangkan ia antara pancaindera paling mustahak kepada manusia.

Atas kesedaran itu, Agensi Antarabangsa Bagi Mencegah Kebutaan dengan kerjasama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengambil inisiatif mengadakan sambutan Hari Penglihatan Sedunia 2002 peringkat kebangsaan.

Sambutan Hari Penglihatan Sedunia pada asalnya telah dilancarkan oleh Lions Club International Foundation pada tahun 1998 dan seterusnya menjadi aktiviti rasmi Vision 2020: The Right to Sight pada tahun 2000.

Hari Penglihatan Sedunia juga bertujuan meningkatkan kesedaran bahawa 80 peratus masalah kebutaan dapat dicegah dan dirawati.

Ia juga bertujuan untuk menggalakan kerajaan, badan-badan korporat dan badan-badan penyumbang yang lain untuk melabur dalam usaha mencegah kebutaan secara global.

Beban ekonomi untuk menanggung masalah ini dianggarkan sebanyak US$25 bilion setiap tahun.

Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan supaya mendapatkan pemeriksaan mata dengan pakar oftalmologi sekurang-kurangnya sekali dalam setiap lima tahun.

Kumpulan yang disarankan itu ialah mereka yang berumur melebihi 40 tahun, pesakit kencing manis dan individu yang mempunyai riwayat keluarga yang menghidap glaukoma atau kebutaan pada usia muda.

Individu yang bekerja di bidang yang melibatkan pengendalian mesin contohnya memateri, pemotongan, pengendalian bahan kimia atau mereka yang bekerja menggunakan alatan tajam seperti tukul besi, paku dan sebagainya juga berisiko untuk mengalami masalah buta.

Melalui sambutan Hari Penglihatan Sedunia itu, masyarakat juga akan didedahkan mengenai rawatan-rawatan yang disediakan.

Selain itu, pelbagai acara menarik diadakan sepanjang sambutan termasuk acara berjalan kaki.

Selamat menyambut Hari Penglihatan Sedunia.

BACA INI JUGA:

sumber: utusan

1 comment

  1. Baru tau ada sambutan hari seperti ini. Thanks sharing SP

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon