Monday, October 02, 2017

Sambutan Hari Habitat Sedunia, World Habitat Day


Sambutan Hari Habitat Sedunia, World Habitat Day disambut pada hari Isnin pertama bulan Oktober setiap tahun oleh UN-HABITAT bermula pada tahun 1986.

Hari Habitat

Objektif sambutan adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat dunia mengenai keadaan petempatan manusia semasa, Hak setiap individu untuk memiliki tempat tinggal yang selesa dan mengingatkan masyarakat dunia mengenai tanggungjawab masing-masing terhadap masa depan penempatan manusia.

Sambutan Hari Habitat Sedunia merupakan sambutan peringkat global yang dianjurkan oleh semua negara-negara ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi meningkatkan kesedaran akan kepentingan membangunkan petempatan manusia yang selesa dan kondusif.

Sambutan Hari Habitat Sedunia juga untuk memperingati dan menyedarkan kita semua bahawa semua manusia berhak mempunyai tempat tinggal yang selesa dan selamat untuk didiami serta kemudahan asas.

Sambutan Hari Habitat Sedunia juga bertujuan untuk mengingatkan kepada masyarakat dunia mengenai tanggungjawab kolektif untuk masa depan habitat manusia.

Habitat adalah tempat suatu makhluk hidup tinggal dan berkembang biak secara tetap di dalam sesuatu lokasi atau persekitaran.

Pada dasarnya, habitat berada di dalam suatu lingkungan persekitaran fizikal oleh populasi spesis yang mempengaruhi dan juga dimanfaatkan oleh spesis tersebut.

Habitat tidak semestinya berkait dengan kawasan secara geografi malah tubuh badan juga boleh menjadi habitat bagi sesuatu organisma.

Setiap negara ahli digalakkan untuk menyambut Hari Habitat Sedunia di negara masing-masing dengan menganjurkan aktiviti atau program yang selari dengan objektif Hari Habitat Sedunia.

Selamat menyambut Hari Habitat Sedunia.

BACA INI JUGA:

sumber: relaksminda

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon