Saturday, October 14, 2017

Lagu Baru 'Boleh Jalan' Zizi Kirana Sindir Pengkritik Pakaian Seksi

Loading...

Selepas beberapa minggu dilancarkan, lagu terbaru penyanyi Zizi Kirana berjudul Boleh Jalan menerima reaksi yang pelbagai daripada peminat.

Zizi Kirana

Rata-ratanya mengecam lirik lagu Boleh Jalan yang terlalu lantang dan kasar sekaligus mempersoalkan keberanian Zizi tampil dengan lagu sedemikian.

Selain itu, terdapat juga pihak yang menganggap lagu tersebut dicipta sebagai sindiran kepada mereka yang pernah mengecam Zizi mengenai isu pakaian seksi sebelum ini.

Menurut Zizi atau nama sebenarnya Nurfazelah @ Zizie Mad Tahil, dia tidak berniat langsung untuk memerli mana-mana individu dalam lagu berkenaan seperti mana yang didakwa.

Lagu ciptaan DJ Fuzz dan penulisan lirik oleh W.A.R.I.S dihasilkan sebagai teguran terhadap sikap masyarakat yang gemar mengkritik dan melemparkan komen tidak bermoral mengenai sesuatu isu di alam maya.

“Ramai yang fikir lagu tersebut adalah sindiran kepada mereka yang pernah kecam saya kerana isu berpakaian seksi sebelum ini.

“Kalau nak tahu, lagu tersebut turut menyentuh mengenai banyak perkara yang berlaku di sekeliling kita terutamanya keyboard warrior yang ada sahaja tak kena di mata mereka.

“Tapi tak apalah, kalau haters kata saya perli mereka terpulanglah, siapa yang makan cili, dia rasa pedas,” katanya melapor mStar Online.

Tambah Zizi lagi, dia turut tidak kisah sekiranya lagu itu tidak dimainkan di mana-mana corong radio disebabkan oleh liriknya yang agak keterlaluan.

“Saya pun terkejut juga dengan lirik lagu yang begitu berani itu selepas W.A.R.I.S memberikan kepada saya.

“Namun, saya tidak bimbang kerana memang liriknya tepat dan saya sangat sukakannya. Jadi, saya sudah bersedia sekiranya ada stesen radio tidak mahu putarkan lagu berkenaan.

“Buat netizen yang mengecam liriknya pula, saya tidak kisah kerana paling penting adalah mesejnya,” kata penyanyi berusia 31 tahun ini.

Meskipun menerima kecaman dan kritikan, namun lagu tersebut dilihat sehingga kini telah menerima lebih 300,000 tontonan daripada netizen di laman YouTube.

Susulan itu, Zizi yang pernah mencipta nama bersama kumpulan The Fabulous Cats mengakui terkejut dan tidak menyangka lagu itu akan mendapat sambutan baik daripada pendengar di laman tersebut.

“Walaupun ada yang panas hati dengar lagu tersebut, namun masih ada yang suka.

“Saya sendiri tidak menyangka penerimaan pendengar dan jumlah tontonan juga meningkat begitu pantas.

“Kalau ada yang nak kecam juga, kecamlah! Saya sudah lali dengan kritikan dan cacian,” ujarnya.

Zizi Kirana

Sementara itu, menyentuh soal isu gejala buli siber, penyanyi ini berharap pengguna boleh bersikap lebih rasional dan kalau berniat menegur jangan sampai mengaibkan mana-mana pihak.

“Kalau nak tegur tak perlulah dengan kata makian dan cacian. Apa yang kalian dapat dengan komen menghina begitu?

“Sebab itu dalam lirik lagu tersebut saya ada menyebut istilah ‘Ustazah Internet’, yang bermaksud hanya dia sahaja yang betul dan berhak menegur tanpa memikirkan perasaan orang lain.

“Sedangkan dalam dunia realiti, seorang ilmuan agama tidak akan menegur orang sehingga mengaibkan,” katanya.

BACA INI JUGA: Artis Seksi Hollywood Yang Memiliki Payudara Ori!

sumber: mynewshub

1 comments so far

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon