Monday, October 09, 2017

Ketua Pemuda UMNO Tenom Antara Ditahan SPRM Seleweng Dana RM1.5 Bilion!

Loading...

SPRM hari ini (9/10/2017) menahan dua pemimpin pemuda Umno serta seorang pemuda Parti Warisan Sabah (WARISAN).

SPRM

Menurut sumber, mereka yang ditangkap adalah Ketua Wira WARISAN, Datuk Mohd Azis Jamman, Ketua Penerangan Pemuda Umno, Jamawi Jaafar, dan Ketua Pemuda Umno Tawau, Ariffin Kassim.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (operasi) Azam Baki mengesahkan penahanan itu.

Timbalan Presiden WARISAN, Darell Leiking mengesahkan penahanan Mohd Azis ketika dihubungi.

Jamawi adalah pegawai khas kepada menteri itu dan juga Ketua Pemuda Tenom.

Ketiga-tiga mereka dipercayai ditahan bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana pembangunan luar bandar Sabah yang dianggarkan sekitar RM1.5 bilion.

Difahamkan mereka akan dibawa ke mahkamah esok (Selasa) untuk tujuan reman.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon