Friday, October 27, 2017

Diet Epal Hijau Mampu Turunkan Berat Badan

Loading...

Percaya atau tidak, epal hijau yang nilainya hanya berapa ringgit mampu menjadikan anda seperti model terkenal?

Diet

Nak tahu macam mana epal hijau boleh menjadikan anda seperti model? Jom baca artikel dibawah.

Ramai yang tahu kebaikan epal hijau bagi yang ingin kuruskan badan tetapi tidak ramai yang mengamalkannya. Ini telah terbukti apabila seringkali kita mendengar nasihat dari doktor atau membaca papan tanda kesihatan yang menyarankan ‘an apple a day, keeps the doctor away’.

Epal secara amnya, terbahagi kepada 2 jenis iaitu epal hijau dan epal merah. Ramai yang mengesyorkan memakan epal hijau untuk mengurangkan berat badan.

Persoalannya, apakah kandungan yang terdapat di dalam epal hijau yang membuatkan ramai orang menyarankan agar memakannya untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing.

Epal hijau berwarna kehijau-hijauan dan mempunyai rasa sedikit masam dan adakalanya berperasa manis dan masin. Ia juga dikenali sebagai Granny Smith epal.

Ramai yang mengatakan ia sesuai dijadikan makanan pilihan bagi orang yang sedang berdiet kerana kaya dengan nutrien tambahan serta mengandungi kalori yang rendah.

Kalori bagi sebiji epal 154g mempunyai lebih kurang 80 kalori. Ia merangkumi 4 peratus daripada pengambilan harian yang disyorkan iaitu 2000 – 1500 kalori.

Epal hijau juga sangat efektif untuk menurunkan berat badan, jika makan sebiji epal yang berukuran sederhana 15 minit sebelum makan boleh mengawal nafsu makan yang tinggi.

Apa itu diet Epal hijau?

3 Kelebihan Epal Hijau

1. Mengandungi Karbohidrat

Epal hijau juga kaya dengan karbohidrat iaitu dengan anggaran 22g per 154 g epal.

Seperti yang kita tahu, karbohidrat adalah sumber bahan api utama badan anda. Karbohidrat yang ditambah dengan serat dapat menggalakkan rasa kekenyangan tubuh badan.

2. Makanan tinggi serat

Sebiji epal mengandungi anggaran serat sebanyak 3 gram. Serat membantu penyerapan dan penghadaman didalam tubuh badan manusia.

Hal ini dapat mengelakkan seseorang daripada sembelit atau sukar membuang air. Serat membantu membersihkan sistem badan dan meningkatkan metabolisme badan.

Selain daripada itu, epal hijau mengandungi kalium yang membantu membuang air berlebihan dalam badan kerana ia mempunyai kesan diaretic.

3. Kaya dengan sumber mineral dan vitamin

Buah epal kaya dengan sumber mineral yang diperlukan untuk kesihatan tubuh badan dan mengandungi Vitamin A, B dan C.

Sumber ini membantu meningkatkan oksigen dalam darah dan melindungi kulit daripada kesan berbahaya seperti radikal bebas selain membantu seseorang untuk mengekalkan kulit berseri dari dalam.

Kesimpulannya, epal hijau mengandungi serat yang tinggi, pelbagai jenis mineral dan vitamin dan buah yang berkalori rendah.

Walau bagaimanapun, epal hijau tidak mengandungi semua nutrien yang anda perlukan, jadi anda perlu memasukkan makanan berkhasiat yang lain dalam rancangan penurunan berat badan anda.

Jadi, bagaimana untuk turunkan berat badan 2kg seminggu dengan diet epal hijau ini? Jom lihat menu diet dengan epal hijau.

Cara diet Epal hijau

(Anda mampu menurunkan 4kg dalam masa sebulan dengan diet ini)

Sarapan
  • Oatmeal dan Low Fat Milk

Snek 10.00 pagi
  • Jus Epal Hijau

Lunch
  • Jus Epal Hijau

Snek Pukul 3
  • Jus Epal Hijau

Makan Malam 6.30 petang
  • Protien ( 1 pcs of Ikan/ Ayam ) , Sup Sayur, Nasi (sikit je tau)

10 malam sebelum tidur
  • Jus Epal Hijau

*Minum air masak sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Anda akan mengalami penurunan 1 @ 2kg seminggu.

Tapi perlu ingat, jus epal hendaklah blender sendiri, tak perlu tapis sebab fibernya yang akan membuatkan anda merasa kenyang.

Ia juga amat sesuai untuk semua golongan, lelaki dan juga perempuan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Rahsia 10 Jenis Makanan Anti-Kolesterol

sumber: diarikurus

1 comments so far

Terbaik epal hijau ni.. Saya memang selalu minum jus epal hijau.

Resdung saya pun berkurangan lepas makan epal hijau ni

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon