Friday, October 06, 2017

Bulgaria Negara Paling Banyak Masjid Di Eropah!


Jika di benua Eropah, negara kapitalis seperti Perancis, Britain mahupun Jerman antara pilihan umat Islam diserata dunia untuk bermastautin atau sebagai tempat menimba ilmu.

Mosque
Banya Bashi Mosque, Bulgaria.

Ini kerana disitu terdapat ramai komuniti Islam serta kemudahan yang selesa untuk beribadat, makan dan sebagainya.

Namun, ramai yang terlepas pandang sebenarnya negara Bulgaria yang terletak di dalam kelompok negara Balkan di Eropah merupakan antara negara yang menitik beratkan ajaran Islam.

Mungkin kerana kurangnya publisiti menjadikan negara Bulgaria tidak mendapat perhatian, malah kurang popular bagi masyarakat Islam di serata dunia.

Tahukah anda, negara bekas jajahan Komunis ini mempunyai jumlah masjid paling banyak di Eropah bagi negara bukan Islam.

Pada tahun 2011 sehingga 2012, dianggarkan terdapat hampir 1,500 buah masjid di Bulgaria, di mana jumlahnya hampir menyamai masjid di negara-negara Timur Tengah.

Bulgaria juga tercatat sebagai negara dengan bilangan pelajar Islam terbesar di Eropah. Dianggarkan lebih dari 3,000 pelajar menempuh pendidikan di sekolah Islam setiap tahun.

Apa yang menariknya, kurikulum pendidikan Islam diberikan pada setiap sekolah umum.

Menurut data statistik Mufti Bulgaria menyebutkan, sebanyak 3,372 pelajar mengikuti kelas agama Islam pada tahun 2011.

Jumlah itu meningkat enam kali ganda berbanding tahun sebelumnya.

Ketua jabatan agama Bulgaria, Emil Velinov memberitahu, walaupun peratusan keluarga Muslim menghantar anak-anak mereka ke sekolah Islam sangat tinggi, namun ianya tidak diiringi dengan kualiti institusi pendidikan itu sendiri.

Menurutnya, keadaan itu cukup terasa apabila mereka ingin memilih seseorang untuk menjadi imam. Akreditasi mereka sering dipersoalkan.

Dewan Tertinggi Institut Agama Islam Bulgaria memberitahu, masih banyak lagi institusi Pendidikan Tinggi Islam belum memenuhi kriteria akreditasi.

Pada tahun 2005 misalnya, Ahi Parlimen daripada jawatankuasa Hak Asasi Manusia (HAM) menyatakan, institusi pendidikan Islam, terutama yang berada di kampung-kampung tidak berdaftar secara rasmi walaupun berada di dalam koordinasi utama mufti.

Era Komunis

Semasa era komunis satu ketika dahulu, Muslim Bulgaria sukup sukar mendapatkan akses pendidikan.

Mereka tidak mempunyai hak untuk bercakap di tempat awam, dilarang memakai tudung dan tidak boleh berkhatan bagi lelaki.

Pelbagai tekanan diberikan kepada umat Islam sehinggakan sewaktu zaman kejatuhan pada tahun 1985, dianggarkan hampir 310,000 etnik Turki dipaksa menukar nama Islam mereka sehingga menimbulkan protes.

Dan pada Ogos 1989, apabila rejim Komunis mula berpecah di timur Eropah, Bulgaria memaksa 360,000 etnik Turki menyeberang pulang ke negara asal mereka.

Setelah Komunis runtuh, umat Islam Bulgaria kembali bangkit.

Masjid Banya Bashi yang terkenal di bandar Sofia, ibu negara Bulgaria terus dinobatkan sebagai tempat ibadah utama umat Islam sehingga ke hari ini.

Kini, terdapat sekitar dua juta umat Islam yang tinggal dan mencari nafkah di negara yang pernah menjadi sebahagian dari Kesultanan Utsmaniyah selama 500 ratus tahun.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Masjid The Nurd Kamal Paling Sejuk Di Dunia, Suhu Bawah -50°C

-SENTIASAPANAS.COM

1 comment

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon