Thursday, September 14, 2017

Video Pusat Tahfiz Jalan Keramat Ujung Terbakar, 23 Pelajar Dan Warden Terkorban!

Dalam satu kejadian kebakaran yang sangat menyayat hati di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, awal pagi tadi (14/9/2017), 23 orang pelajar termasuk tenaga pengajar telah terkorban.

Pusat Tahfiz

Jabatan Bomba dan Penyelemat Kuala Lumpur berkata, kebakaran pusat tahfiz ini dipercayai bermula jam 5.10 pagi dari tingkat atas bangunan.

Ramai yang tersentuh perasaan dengan pelbagai kisah amat menyayat hati melibatkan kematian mangsa berusia muda gugur syahid menemui Ilahi.

Tidak ketinggalan apabila dua adik-beradik secara kebetulan turut menjadi mangsa dan merupakan anak seorang anggota Jabatan Siasatan Jenayah di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di ibu negara, D/Koperal F. Zaska Yusoh.

F. Zaska

Kedua-dua anak anggota polis berkenaan dikenal pasti iaitu Azkar Abiedi F. Zaska, yang berumur 11 tahun manakala adiknya, Azkar Darimi F. Zaska pula berusia lapan tahun.

Semoga anggota terbabit tabah menerima dugaan berat Ilahi apabila hiba kehilangan dua cahaya matanya serentak dijemput menjadi ‘anak syurga’ namun memberi syafaat buat ibu bapanya di akhirat kelak.

Warden Maut Baru Seminggu Majlis Kahwin

Tiada yang lebih menyedihkan buat seorang isteri apabila kehilangan suami tercinta selepas baru seminggu melangsungkan majlis perkahwinan mereka.

Namun, itu yang harus ditempuhi Noor Fatihah Osman selepas suami dinikahi pada Mei lalu, Mohd. Amirul Nizam Sokarno, 25, setelah maut dalam kebakaran di bangunan pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Keramat.

Warden

Noor Fatihah, 23, malah dilihat tidak berhenti menangis ketika ditemui media tempatan di lokasi kejadian serta enggan ditemu bual pemberita. Allahyarham suaminya merupakan seorang warden pusat tahfiz berkenaan.

Sementara itu, ibu saudara Noor Fatihah, Asmah Yaakob, 50, berkata, anak saudaranya dikejutkan dengan berita tersebut kira-kira jam 6 pagi sebelum bergegas ke lokasi dari hostelnya di Universiti Sains Islam Malaysia.

“Selalunya dia (Mohd. Amirul Nizam) akan telefon anak saudara saya untuk kejutkan dia bangun waktu Subuh tapi hari ini dia tak telefon. Noor Fatihah juga cuba menelefon suaminya tapi tidak berjawab.

“Saya sebenarnya juga tidak menyangka bahawa perkara buruk ini terjadi kepada dirinya,” katanya.

Dalam pada itu, seorang kakitangan pusat tahfiz berkenaan, Mohd. Arif Mawardy, 24, berkata, pada awalnya dia terdengar bunyi kuat seperti ribut di luar bangunan tiga tingkat tersebut.

“Saya terjaga dan lihat keluar tingkap namun bukan ribut dan saya terkejut nampak kepulan asap di tingkat tiga.

"Kemudian saya dengar suara dari tingkat atas menjerit supaya selamatkan diri kerana berlaku kebakaran,” ujarnya.

Pelajar Tahfiz

Mohd. Arif berkata, dia ketika itu berada di tingkat dua bangunan itu bersama tiga lagi guru cuba menyelamatkan pelajar di asrama yang terletak di tingkat tiga dengan bantuan penduduk setempat namun tidak berjaya.

Seramai 21 pelajar dan 2 tenaga pengajar disahkan terkorban dalam insiden tragik tersebut manakala 14 murid lagi terselamat.

Al-Fatihah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Jenazah Mohamad Thaqif Masih Elok Seperti Baharu Dikebumi

video

sumber: mynewshub

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon