Saturday, September 30, 2017

Hugh Hefner Pengasas Majalah Playboy Meninggal Dunia


Hugh Hefner, pengasas majalah Playboy yang membantu mencetuskan revolusi seks pada 1960-an dengan empayar majalah terbitannya meninggal dunia pada Rabu (27/9/2017) ketika berusia 91 tahun.

Hugh Hefner

Hugh Hefner yang pernah dikenali sebagai "raja hedonisme pop" oleh majalah Time, menghembuskan nafas terakhirnya di rumahnya, kata Playboy Enterprises dalam satu kenyataan.

Hugh Hefner pernah digambarkan sebagai lelaki gila seks, dikelilingi oleh sekumpulan wanita muda berambut putih di rumah mewahnya dikenali sebagai Playboy Mansion.

Ia kemudiannya dirakam menjadi sebuah rancangan realiti TV bersiri yang bertajuk “The Girls Next Door" yang disiarkan dari tahun 2005 sehingga 2010.

Menurut Hugh Hefner, dengan ubat kuat Viagra, dia terus bertenaga meskipun melewati usia 80an.

"Saya tidak membesar," kata Hefner dalam wawancara CNN ketika berusia 82 tahun.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon