Wednesday, September 13, 2017

Jack Ma Beraksi Ala Michael Jackson Sempena Ulang Tahun AliBaba


Sewaktu menyambut ulang tahun ke-17 syarikatnya baru-baru ini, Ma memberi kejutan kepada pekerjanya dengan mempersembahkan tarian mengikut rentak yang sinonim dengan mendiang bintang pop Michael Jackson.

Jack Ma Michael Jackson

Muncul di pentas dengan menaiki motosikal berkuasa tinggi, Ma yang berpakaian hitam dan emas melambai-lambai tangan ke arah pekerjanya. Ketibaannya itu menerima sorakan gemuruh mereka yang hadir.

Pengasas syarikat e-dagang China Alibaba Group, Jack Ma nampaknya bukan sahaja berjaya dalam bidang perniagaan, malah beliau juga berkebolehan menari.

Beliau kemudian terus leka menggerakkan tubuhnya mengikut rentak lagu-lagu popular Michael, seperti Billie Jean dan Black or White.

Namun individu terkaya di China itu bukan menari tanpa sebab. Media antarabangsa melaporkan syarikat miliknya kini sudah bernilai melebihi AS$400 bilion.

Sambutan ulang tahun itu dihadiri seramai 40,000 pekerja dan diadakan di Hangzhou, ibu kota wilayah Zhejiang di timur China.

Ini bukan kali pertama Ma menghiburkan pekerjanya.

Pada 2009, beliau mengenakan rambut palsu dan mengadakan persembahan mengikut rentak runut bunyi filem Lion King, Can You Feel The Love Tonight, pada sambutan ke-10 ulang tahun syarikatnya.

Ketika itu, beliau turut berkongsi pentas dengan wanita mirip Marylin Monroe.

BACA INI JUGA: Billionaire Jack Ma Pernah Ditolak 30 Permohonan Kerja Termasuk KFC

sumber: malaysiakini

1 comment

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon