Sunday, September 17, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (17 September)


Tanggal 17 September merupakan hari ke 260 (hari ke 261 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 105 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Operasi Market Garden
Operasi Market Garden.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Perlembagaan di Amerika Syarikat (1787).

Peristiwa

1176 – Perang Byzantine–Seljuk: Turki Seljuk menghalang Byzantine daripada menawan pedalaman Anatolia dalam Pertempuran Myriokephalon di Phrygia.

1809 – Perjanjian Fredrikshamn menamatkan Perang Finland antara Rusia dan Sweden, dengan Finland mendapat autonomi Grand Duchy di bawah Czar Aleksandr I.

1894 – Tentera Laut Imperial Jepun menewaskan Armada Beiyang Dinasti Qing China dalam Pertempuran Sungai Yalu, pertempuran laut terbesar dalam Perang China-Jepun Pertama.

1916 – Perang Dunia Pertama: Juruterbang handalan Luftstreitkräfte Jerman Red Baron memenangi pertarungan udara pertamanya berhampiran Cambrai, Perancis.

1939 – Perang Dunia Kedua: Kesatuan Soviet menyertai serangan Jerman Nazi ke atas Poland.

1944 – Perang Dunia Kedua: Pihak Berikat memulakan Operasi Market-Garden (gambar), operasi payung terjun terbesar ketika itu.

1978 – Presiden Mesir Anwar Sadat dan Perdana Menteri Israel Menachem Begin menandatangani Perjanjian Kem David selepas 12 hari berunding secara rahsia di Kem David.

2006 – Sweden mengadakan pilihan raya dan dimenangi oleh Moderaterna.

2006 – Bangkangan anti-kerajaan berlaku di Budapest selepas Perdana Menteri Hungary, Ferenc Gyurcsány mengaku bahawa partinya berbohong supaya menang dalam pilihan raya.

2008 – Sukan Paralimpik 2008 berakhir. Tuan rumah China mendapat pingat emas terbanyak.

2009 – Militan paling dikehendaki Indonesia Noordin Mohammad Top terbunuh dalam satu serbuan polis di Jawa Tengah.

2010 – Pembunuhan ahli politik Pakistan Imran Farooq di London mencetuskan keganasan di kampung halamannya Karachi.

2011 – Protes Wall Street 2011

2013 – Operasi penyelamatan marin termahal di dunia menegakkan bangkai kapal Costa Concordia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (16 September)

sumber: wikipedia

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon