Monday, September 25, 2017

Kesan Buruk Air Berklorin Pada Tubuh Manusia


Seorang pakar dermatologi yang juga pengarah Onkodermatologi daripada Pusat Sains Perubatan dan Kesihatan George Washington, Amerika Syarikat mengingatkan orang ramai tentang bahaya air yang mengandungi klorin seperti di kolam renang.

Kolam renang

Menurut Prof. Debra Jaliman, air yang digunakan di kolam renang selalunya akan dicampur dengan klorin untuk membunuh bakteria supaya ia selamat digunakan.

Bagaimanapun, kandungan klorin itu mampu memberi kesan buruk pada tubuh manusia seperti boleh merosakkan rambut dan membuatkan ia menjadi kering.

Bukan itu sahaja, klorin juga boleh membuatkan kulit seseorang menjadi kering dan gatal akibat tindak balas bahan kimia yang terkandung dalam klorin tersebut.

Pengguna disarankan untuk mandi selepas menggunakan kolam renang, selain turut digalakkan memakai losyen pelembap.

Selain itu, klorin juga menyebabkan mata menjadi pedih dan gatal.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: kosmo

1 comment

  1. Wet hair and body and apply lotion or a little oil before plunging into the pool.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon