Thursday, July 20, 2017

RTM 'Haramkan' Lagu Lucah Despacito


Radio Televisyen Malaysia (RTM) memberhentikan serta-merta siaran lagu hit antarabangsa, Despacito, di semua stesen radio dan saluran televisyen miliknya.

Despacito Haram

Lagu Despacito dinilai semula oleh panel penilai RTM susulan aduan awam dan mengambil keputusan untuk menarik balik kelulusan.

Sehubungan dengan itu, RTM memberhentikan siaran lagu itu di semua stesen radio dan TV RTM berkuat kuasa serta-merta.

Despacito Lagu Lucah

Sebelum ini terdapat pihak yang meminta agar penyiaran lagu Despacito dihentikan kerana liriknya berunsur lucah.

Wanita Parti Amanah Negara (AMANAH) menuntut sebuah lagu nyanyian bersama artis antarabangsa terkenal Justin Bieber bertajuk “Despacito” diharamkan.

Jika dibaca terjemahan lagu Despacito, secara jelasnya lirik lagu memuatkan tema hubungan seksual dan romantik, yang antaranya menyebut aksi menggigit telinga dan bait-bait yang meminta kekasihnya “perlahan-lahan supaya tahan lama”.

Single gubahan penyanyi Puerto Rica itu pada mulanya dinyanyikan oleh Luis Fonsi dan penyanyi rap Daddy Yankee pada 2016 sebelum Justin Bieber terlibat menyumbang suara selepas itu.

Bagi kita pula, walaupun lagu Despacito sememangnya seronok didengar tetapi terlalu lucah untuk dijadikan santapan rohani.

Fikir-fikirkan.

BACA INI JUGA: Tahu Maksud Lagu Despacito? Cumbuan Dan Seks Bebas!

sumber: hmetro | mk

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon