Friday, May 19, 2017

Kenapa Hadis Palsu Dicipta?


Terdapat banyak faktor yang mendorong sebahagian orang mencipta hadis palsu. Antara faktor-faktor utama seperti yang disebut oleh syeikh Dr.Mustafa al-Soba'i dalam bukunya al-Sunnah wa Makanatuha fi Tasyri' al-islam dan juga syeikh Nur ad-Din dalam bukunya Manhaj al-Naqd fi' Ulum al-Hadith :

Hadis palsu Tembikai

Antaranya:

1) Menggalakkan orang supaya melakukan kebaikan dan memberi peringatan kepada mereka daripada melakukan kemungkaran

Tujuan mereka adalah bagi menghampirkan diri kepada Allah (taqqarub). Mereka ini biasanya menisbahkan diri mereka kepada sifat zuhudan dan kesufian.

Sebagai contohnya ialah Abu 'Isamah Nuh bin Abi Maryam yang mencipta tentang kelebihan surah-surah dalam al-Quran.

Tujuannya orang ramai kembali memberi perhatian dan rajin membaca al-Quran.

2) Untuk merosakkan agama dan membuatkan umat islam ragu-ragu terhadap ajarannya

Ini dilakukan oleh golongan munafik iaitu orang yang berpura-pura islam. Golongan ini benci kepada islam. Antara mereka ialah Abd al-Karim bin Abi al-Auja' dan Muhammad bin Said al-Muslub.

Sebagai contoh, Abd al-Karim bin Abi al-Auja' mengaku dia sudah mencipta sebanyak 4000 hadis palsu.

3) Sikap obses atau taksub sama ada kepada mazhab, bangsa, kabilah, bahasa atau negeri

Hal ini dilakukan oleh mereka yang bersikap taksub terhadap sesuatu yang dipegangnya samada mazhab atau pegangan amalannya.

Jadi demi, membela mazhab, bangsa, kabilah, bahasa tau negeri atau menindas pihak yang memusuhi mereka , golongan ini mencipta hadis palsu.

4) Pertelingkahan dari sudut politik

Pertelingkahan politik juga menyebabkan beberapa golongan mencipta hadis palsu. Antara yang paling banyak ialah golongan syiah.

Syiah sudah mencipta hadis tentang kelebihan ahlul-bait, mencerca para sahabat khususnya Abu Bakar, Umar, Muawiyah dan sebagainya.

5) Untuk kepentingan dan keuntungan peribadi

Demi untuk mendapatkan keuntungan harta benda atau pangkat, beberapa golongan tertentu sanggup mencipta hadis palsu.

Antara tujuan golongan tersebut :

Untuk mendekatkan diri dengan raja dan pemerintah

  • Tujuannya adalah untuk mendapatkan keuntungan dunia. Golongan ini akan mencipta hadis agar dapat memenuhi hasrat taja dan pemerintah, supaya raja dan pemerintah akan menyukainya dan memberikan habuan keduniaan yang setimpal. Contohnya seperti yang sudah dilakukan oleh Ghiyath bin Ibrahim al-Nakha'i.


Golongan pencerita atau penceramah
  • Golongan ini memalsukan hadis atau menyampaikan hadis palsu demi menarik minat orang ramai mendengar ceramah atau cerita yang disampaikannya. Maka dicipta hadis yang menyebut tentang kisah-kisah yang ajaib dan cerita-cerita yang mampu membuatkan mereka berminat dan tidak berganjak dari tempat syarahan mereka.

Untuk melariskan barang jualan
  • Sesetengah peniaga juga turut terbabit dalam jenayah hadis palsu ini dengan tujuan untuk melariskan barang jualan mereka. Lalu dicipta hadis yang menyebut tentang kelebihan dan keistimewaan barang yang dijual. Contohnya hadis palsu yang kelebihan buah terung, buah delima, anggur, minuman-minuman yang tertentu dan sebagainya. Antara mereka yang sudah melakukannya sedemikian ialah Muhammad bin Hajjaj al-Wasiti, Fudhalal bin Husain,Hanad bin Ibrahim al-nasfi dan lain-lain lagi.

Sebab-sebab yang disenaraikan ini merupakan faktor yang mendorong golongan tersebut mencipta hadis palsu dengan sengaja.

Namun, terdapat juga sebab lain yang membuatkan seseorang itu terlibat mencipta hadis palsu secara sengaja dan tanpa disedari.

Antaranya seperti yang disebutkan oleh Dr.Abd al-Karim bin Abdullah al-Khidr dalam bukunya al-hadith al-Dhaif wa hukm al-Ihtijaj bihi :
  • Tenggelam dalam kezuhudan dan keasyikan beribadah sehingga mereka sudah leka daripada membezakan antara yang sahih dan palsu.
  • Buku-buku catatan hadis sudah hilang atau terbakar. Jadi penulis hadis melaporkan apa yang mereka ingat sehingga berlaku kesilapan. Ini terjadi kepada mereka yang memang bergantung kepada catatan-catatan hadis sebagai rujukan ulama dalam menyampai hadis, sebagai contoh seperti yang berlaku kepada Abdullah bin Lahi'ah.
  • Fikiran sudah tidak sempurna atau nyanyuk. Ini berlaku kepada mereka yang ketika usia muda laporan hadisnya diterima, tetapi nyanyuk apabila umurnya menjadi tua. Lalu dia tersilap dalam menyampaikan hadis seperti yang berlaku kepada ismail bin 'Iyash.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA: Hadis Palsu Dalam Kitab Ihya Ulumuddin Imam al-Ghazali

sumber: mselim3

1 comment

  1. Kadang-kadang kena hati2 apa yang kita share kat media sosial.. tak semua benda tu boleh percaya dan betul..

    Itu la adanya kempen periksa hadis palsu

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon