Monday, May 08, 2017

10 Spesis Burung Paling Cantik Di Dunia

Setiap spesies burung lahir unik dengan keindahannya masing-masing. Ada burung yang cantik kerana suaranya. Ada pula burung yang dikatakan cantik kerana keindahan bulunya.

Di sini kami senaraikan 10 burung-burung tercantik di dunia kerana keindahan bulunya.

1. Burung Golden Pheasant

Burung Golden Pheasant

Burung Golden Pheasant sering digelar burung tercantik di dunia kerana memiliki bulu yang sangat indah. Burung ini terlahir sempurna dengan warna bulu kuning keemasan yang dipadukan dengan warna merah darah.

Bahagian leher hingga punggung dihiasi garis-garis berwarna oren yang melingkar indah. Selain itu, jambul emasnya membuat burung Golden Pheasant semakin tampak cantik menawan.

Burung Golden Pheasant boleh ditemui di hutan tebal tengah China.

2. Burung Scarlet Macaw

Burung Scarlet Macaw

Burung Scarlet Macaw merupakan salah satu burung paling cantik dari keluarga Macaw, berbanding spesis lain seperti burung Beo.

Kecantikan burung ini terpancar dari warna-warna bulunya yang indah, seperti paduan warna merah cerah, kuning, hijau dan biru.

Burung Scarlet Macaw biasanya mendiami kawasan hutan lembab di Amerika Tengah dan Selatan.

3. Burung Flamingo

Burung Flamingo

Burung Flamingo menjadi salah satu burung paling indah di dunia kerana memiliki warna bulu pink oren yang sangat indah.

Burung ini sangat unik kerana hidup di lingkungan paya dan tepi pantai, dengan makanan utama burung Flamingo adalah ikan kecil, larva dan plankton.

Keunikan lainnya, kaki burung Flamingo mampu mencapai 50 inci atau sekitar 130 cm.

Burung Flamingo boleh ditemui di semua benua, kecuali Antartika.

4. Burung Merak

Burung Merak

Semua orang pasti mengakui bahawa burung merak adalah salah satu jenis burung tercantik di dunia.

Bagaimana tidak cantik, burung berwarna biru ini mempunyai ekor warna-warni yang sangat mempesona. Ekornya yang indah boleh tumbuh sehingga 5 kaki atau sekitar 1.5 meter.

Burung Merak juga disebut-sebut sebagai salah satu burung terbang terbesar di dunia.

Burung ini tersebar di seluruh dunia, terutama di India dan Congo.

5. Burung Keel-billed Toucan

Burung Keel-billed Toucan

Burung Keel-billed Toucan adalah salah satu burung paling cantik dari keluarga burung berparuh panjang. Ya, burung ini mempunyai paruh berwarna pelangi dan bulu hitam legam.

Burung Keel-billed Toucan boleh ditemui di hutan-hutan Amerika Tengah dan Selatan.

6. Burung Atlantic Puffin

Burung Atlantic Puffin

Burung Atlantic Puffin sering dipanggil burung Beo dan menghabiskan masanya di laut.

Menariknya, burung Atlantic Puffin mempunyai bulu kedap air untuk mencari makanan di permukaan dan dalam air laut.

Kepantasannya terbang boleh mencapai 55 batu sejam dengan kepakan sayap sehingga 400 kali seminit.

Burung Atlantic Puffin boleh ditemui di tebing-tebing Pulau Utara Samudera Atlantik.

7. Burung Blue Jay

Burung Blue Jay

Seperti namanya, burung Blue Jay adalah burung yang cantik dengan warna biru serta putih. Burung ini juga dijuluki sebagai salah seekor burung paling pintar di dunia.

Burung Blue Jay pandai meniru suara burung dari spesies lain, termasuk bunyi burung helang.

Jika dipelihara, burung Blue Jay juga boleh diajar untuk meniru suara manusia seperti burung Tiong.

Burung Blue Jay tersebar di hutan Amerika Timur, Tengah dan Utara.

8. Burung Bohemian Waxwing

Burung Bohemian Waxwing

Burung Bohemian Waxwing adalah burung penyanyi yang memiliki kepala jambul khas dan masker berwarna hitam.

Selain jambul, warna bulu kecoklatannya juga membuatkan burung Bohemian Waxwing kelihatan semakin cantik.

Burung pemakan serangga dan buah ini boleh ditemui di hutan Boreal di seluruh Amerika Utara, Eurasia, Kanada dan Alaska.

9. Burung Hyacinth Macaw

Burung Hyacinth Macaw

Burung Hyacinth Macaw merupakan spesies burung Beo terbesar di dunia. Burung ini kelihatan begitu indah dengan warna birunya.

Sayangnya, populasi burung Hyacinth Macaw mula menurun dalam beberapa tahun terakhir, dengan kurang dari 5,000 ekor di seluruh dunia. Kepupusan ini disebabkan oleh pemburu liar yang begitu aktif.

Burung Hyacinth Macaw boleh ditemui di kawasan padang rumput utara Brazil.

10. Burung Cendrawasih

Burung Cendrawasih

Burung Cendrawasih atau juga disebut burung syurga ini mempunyai bulu dan ekor terindah di dunia. Burung ini mempunyai ekor warna putih dan kuning yang memanjang indah.

Dari tujuh spesies bird of paradise, hanya burung Cendrawasih yang dikatakan sebagai burung paling cantik.

Burung Cendrawasih boleh ditemui di New Guinea dan Kepulauan Aru, Indonesia.

BACA INI JUGA:

sumber: burungnya

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.

#senarai bloglist hilang secara misteri. rakan blogger yang ada memasukkan blog ini dalam senarai bloglist, sila 'remove' blog ni ye. maaf diatas segala kesulitan.
EmoticonEmoticon