Thursday, April 13, 2017

Neelofa Tersenarai Dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017


Pelakon Malaysia, Neelofa, merupakan antara 300 individu yang tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017.

Neelofa 30-under-30-asia

Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 28, pengasas dan pengarah NH Prima International Sdn Bhd, tersenarai di bawah kategori Runcit dan E-dagang.

Neelofa menjalankan beberapa perniagaan termasuk jenama pakaian wanita Muslimah, "Naelofar Hijab".

Senarai Forbes 30 Under 30 Asia 2017 itu menampilkan 300 penginovasi muda, usahawan dan peneraju yang membawa impak besar kepada dunia hari ini.

Semua individu yang menerima penghargaan itu berusia di bawah 30 tahun dan dipilih oleh para penilai yang merupakan antara tokoh terkemuka dalam bidang mereka masing-masing.

Kategori Forbes 30 Under 30

  • Runcit dan E-dagang
  • Teknologi Pengguna
  • Teknologi Perusahaan
  • Hiburan dan Sukan
  • Seni
  • Kewangan dan Modal Teroka
  • Industri, Pembuatan dan Tenaga
  • Penjagaan Kesihatan dan Sains
  • Usahawan Sosial dan Media
  • Pemasaran dan Pengiklanan

Senarai Forbes 30 Under 30 Asia tahun 2017 menonjolkan kepelbagaian bakat di rantau yang luas ini, dengan 300 usahawan muda mengagumkan daripada segenap lapisan masyarakat berusaha keras meningkatkan inovasi,

Suatu yang menarik adalah melihat bagaimana golongan muda ini menggunakan teknologi bagi menginovasikan industri mereka, memperkasakan masyarakat mereka dan menangani halangan budaya.

Senarai tahun ini, terutamanya, menampilkan banyak individu wanita di Asia yang menyokong perubahan sosial, lari daripada stereotaip dan prejudis untuk memberi contoh positif apa yang boleh dicapai oleh wanita di rantau ini.

Turut termasuk dalam senarai 30 Under 30 Asia itu ialah;

  • Kavin Bharti Mittal (India, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Hike Messenger)
  • Josiah Humphrey and Mark McDonald (Australia, Pengasas Bersama Appster)
  • Suboi (Vietnam, artis Hip Hop)
  • Liu Wen ( China, Supermodel Antarabangsa)
  • Chenyao Zhou (China, Rakan Kongsi di Longling Capital)
  • Gibran Huzaifah Amsi El Farizy (Indonesia, Pengasas eFishery)
  • Yuki Shimahara (Jepun, Pengasas LPixel Inc)
  • Daroath Phav (Kemboja, Pengarah WaterSHED)
  • Hyungcheol Lim and Goeun Choe (Korea Selatan, Pengasas Bersama Gameberry)

Kriteria pemilihan bagi senarai tersebut termasuklah kepimpinan dan inovasi dalam bidang mereka, pemikiran keusahawan dan keputusan yang dicapai, serta kemungkinan menukar bidang mereka dalam tempoh separuh abad akan datang.

Menurut Forbes, lebih 1,200 penyertaan diterima, tetapi hanya 300 pemohon memasuki senarai akhir.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

1 comment

  1. mmg bijak dia ni, tudung dia simple je tp warna dia gojes

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon