Friday, April 28, 2017

'Admin' WhatsApp Boleh Dipenjara, Ketahui Apa Yang Patut Dilakukan


Di Malaysia, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan admin WhatsApp dipenjara kerana keculasan dirinya mentadbir kumpulan tersebut.

Admin WhatsApp

Hal ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, berita tentang penguatkuasaan undang-undang baru di India di mana pentadbir kumpulan WhatsApp boleh didakwa dan dipenjara agar berita palsu tidak disebar luaskan di India.

Justeru itu, admin WhatsApp di India perlu memerhati apa yang ahli kongsikan di group. Jika didapati ianya palsu, admin perlu menjelaskan ia salah dan buang orang tersebut daripada group WhatsApp. Admin juga perlu laporkan kepada polis tentang informasi salah itu.

Antaranya kesalahan di dalam group Whatsapp yang boleh menyebabkan admin dipenjara ialah:
  1. Menyebarkan maklumat palsu sehingga menggugat keselamatan negara.
  2. Menyebarkan maklumat berunsur fitnah atau tidak sahih.
  3. Melakukan penipuan.
  4. Pendedahan komunikasi yang dilarang di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Jadi apa admin WhatsApp patut buat?

Admin WhatsApp perlu mengambil tahu apa yang ditulis atau disebarkan oleh ahli.

Jika dapati ia ada unsur seperti salah satu atau keempat-empat perkara di atas, tegur ahli dan kekang maklumat tersebut daripada disebarkan.

Ini kerana admin WhatsApp bertanggungjawab terhadap ahlinya dan berfungsi sebagai gate keeper bagi menapis berita tidak sahih daripada terus disebarkan secara berleluasa.

Susulan itu, sudah ada admin WhatsApp yang memuatnaik status seperti di bawah ini di group yang dikelolakan oleh mereka:

***

“Saya dan lain-lain admin group ini tidak membenarkan dan menyokong sebarang bentuk whatapps yang memaparkan informasi pornografi, tidak benar, fitnah, hasutan, penipuan dan paparan yang tidak sesuai selaras dan seperti yang ditetapkan dengan/oleh Akta Kommunikasi dan Multimedia 1998.

"Segala Whatapps dipaparkan oleh individu atau saya sendiri di dalam group ini bukan tanggungjawab saya, ia adalah tanggungjawab setiap individu dalam group ini.”

***

Ada juga pentadbir kumpulan WhatsApp telah menjadikan semua ahli kumpulannya sebagai admin group dengan harapan semua ahli jadi lebih bertanggungjawab dan jika berlaku apa-apa, sama-sama tanggung.

Jangan pula sesiapa yang ada group di Telegram, Facebook, Wechat dan lain-lain platform media sosial, internet berasa selamat dan terkecuali kerana ia tetap boleh dipertimbangkan dikenakan tindakan undang-undang sedia ada di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

BACA INI JUGA: Menjana Dosa Multi Level Marketing Melalui WhatsApp!

sumber: thevocket

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon