Wednesday, March 01, 2017

AJ Styles Dinobat Penggusti Terbaik 2016


AJ Styles bermula dengan penampilan sulung di WWE awal tahun 2016 di Royal Rumble, berkonfrontasi dengan Roman Reigns dan John Cena, memenangi Kejuaraan WWE pada September namun baru terlepas gelaran juara kepada Bray Wyatt.

AJ styles

Segalanya nampak tersusun indah buat penggusti berusia 39 tahun ini dan tidak syak lagi, tahun 2016 adalah tahun paling bermakna buat AJ Styles.

Resume kecemerlangan AJ Styles bertambah lagi apabila Pro Wrestling Illustrated (PWI), sebuah majalah gusti terkemuka di Amerika Syarikat sejak 1972, menamakan AJ Styles sebagai Penggusti Terbaik bagi tahun 2016.

PWI telah mengumumkan para pemenang bagi Anugerah Pencapaian (Achievement Awards) tahunan mereka untuk kali ke 44 dan AJ Styles telah mengungguli anugerah berprestij gusti profesional tersebut.

Bukan sahaja dinobatkan sebagai penggusti terbaik sepanjang tahun 2016, AJ Styles juga berkongsi kejayaan bersama John Cena setelah perlawanan mereka di acara Summer Slam pada Ogos lalu dinamakan sebagai perlawanan terbaik untuk tahun 2016.

Ini merupakan kali pertama AJ Styles memenangi tempat pertama anugerah berprestij ini setelah mendapat tempat kedua pada tahun 2005 dan 2014, manakala beroleh tempat ketiga pada tahun 2003 dan 2004.

Setelah terlibat dengan perlawanan epik bersama Shinsuke Nakamura di acara Wrestle Kingdom 10 awal Januari 2015 yang lalu, kedua mereka mengucapkan selamat tinggal kepada organisasi gusti terkemuka Jepun, New Japan Pro Wrestling (NJPW) untuk menyertai WWE.

Seperti juga AJ Styles, tuah juga menyebelahi Nakamura apabila beliau turut menerima anugerah sebagai Penggusti Paling Popular 2016 oleh PWI.

Orang harapan Vince McMahon, Roman Reigns pula menerima anugerah sebagai Penggusti Paling Dibenci untuk tahun 2016.

Sesuatu yang agak kontra kerana Roman merupakan bintang berwatak baik yang cuba dinaikkan WWE sejak 2014.

Namun, sorakan 'boo' yang bergema setiap kali beliau muncul mungkin menjadi indikator penting sehingga melayakkan beliau menerima anugerah ini.

Untuk rekod, Roman merupakan penerima anugerah Penggusti Terbaik sebelum ini.

Penerima anugerah PWI lain adalah:-
  • Penggusti Baharu Terbaik: Nia Jax
  • Penggusti Paling Memberi Inspirasi: Bayley
  • Kemunculan Semula Terbaik: Goldberg
  • Penggusti Wanita Terbaik: Charlotte Flair
  • Persengketaan Terbaik: Sasha Banks menentang Charlotte Flair
  • Pasukan Regu Terbaik: The New Day

Senarai penuh anugerah gusti ini akan diterbitkan sedikit masa lagi dan boleh diikuti di http://www.pwi-online.com.

BACA INI JUGA: 5 Bintang Gusti Paling Kaya Di Dunia!

Sumber: aa

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon