Sunday, February 12, 2017

Madu Tualang Berkesan Atasi Masalah Tulang Rapuh Dan Paru-paru Perokok

Loading...

Kajian untuk membuktikan khasiat madu tualang oleh sekumpulan penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) mendapati madu tualang berkesan membantu masalah osteoporosis (tulang rapuh) dikalangan wanita menopause (putus haid), setanding dengan ubat moden.

madu tualang

Timbalan Dekan (Bahagian Penyelidikan) Pusat Pengajian Sains Perubatan USM, Prof. Dr. Rosline Hassan berkata, penemuan manfaat dan khasiat madu tualang itu hasil kajian sejak 2006 melibatkan sekumpulan wanita berusia 45 tahun dan ke atas.

"Kami membuat satu perbandingan antara wanita yang diberikan madu tualang secara konsisten iaitu sebanyak 20 gram sehari selama empat bulan dengan wanita yang mengambil ubat moden.

"Kajian mendapati madu tualang mempunyai kebaikan yang sama dengan ubat moden dari segi ketumpatan tulang," katanya.

Dr. Rosline berkata, kajian sama turut dilakukan ke atas perokok dan didapati tahap keracunan dalam tubuh mereka berkurangan selepas mengambil madu tualang sebanyak 20 gram sehari selama tiga bulan.

Smokers-Lung

"Pembuktian secara saintifik ini menunjukkan produk semulajadi madu tualang mempunyai kelebihan tersendiri yang perlu terus diterokai penyelidik negara khususnya penyelidik USM dari semasa ke semasa," katanya.

Bagaimanapun, menurutnya, ketulenan produk semulajadi madu tualang perlu ditekankan untuk memastikan ubat-ubatan tradisional berkualiti serta selamat untuk digunakan.

BACA INI JUGA: Cara Mudah Membezakan Madu Asli Dan Madu Tiruan

Sumber: bernama

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon