Wednesday, September 07, 2016

Harga Dan Spesifikasi iPhone 7, 6 Perkara Anda Perlu Tahu Mengenai Gadjet Hebat Ini!


Buat anda yang sering mengikuti berita tentang Apple, pastinya anda tahu, Apple iPhone 7 antara yang banyak menerima leak.

Apple iPhone 7

Sememangnya iPhone terbaru antara iPhone yang paling banyak menerima ‘leak’ berbanding iPhone 4 yang pernah kontroversi suatu ketika dahulu.

Leak daripada China turut mendapat sambutan dimana menyertakan iPhone 7 versi dummy yang hadir dengan lebih awal.

Berikut merupakan antara ura-ura yang boleh dikatakan hampir tepat mengenai iPhone terbaru yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

1. Spesifikasi iPhone 7

Spesifikasi Apple iPhone 7

Seingat kami, rumour terawal yang kami lihat banyak dibincangkan laman web terkenal adalah mengenai dual-lens yang bakal digunakan Apple.

Kemungkinan Apple akan mengekalkan single-lens buat iPhone 7 manakala iPhone 7 plus akan disertakan dengan dual-lens yang tampak lebih exclusive.

Nampaknya trend penggunaan dual-lens semakin popular setelah dipopularkan oleh Huawei P9.

Sebuah lagi dilema buat peminat iPhone saiz 4.7-inci jika rumour ini disahkan benar, Apple bakal meletakkan RAM 2 GB buat iPhone 7 manakala RAM 3 GB iPhone 7 Plus.

Adakah ini menyebabkan kedua-dua telefon ini mempunyai pebezaan dari segi kepantasan yang ketara?

Perbezaan pastinya ada, namun tidak begitu besar, iPhone 7 Plus memerlukan kuasa pemprosesan yang lebih berikutan saiz yang lebih besar.

iPhone terbaru bakal dikuasakan dengan cip pemprosesan Apple A10 dan erdasarkan leak yang baru sahaja kami dapati, dijangka pemprosesan ini bakal menandingi beberapa cip pemprosesan berkuasa termasuk Samsung Galaxy S7 Edge.

2. Saiz Dan Rekabentuk iPhone 7

Rekabentuk dan Saiz Apple iPhone 7

Seperti model iPhone sebelum ini, dua variasi iPhone dengan saiz skrin berbeza akan diumumkan oleh Apple. Skrin 4.7-inci dan 5.5-inci sekali lagi menjadi pilihan Apple.

Menyentuh soal rekabentuk, dijangka tidak banyak perubahan yang akan ditampilkan Apple.

Perubahan saiz yang lebih nipis dan placement antenna line mungkin akan memudahkan pengguna untuk membezakan iPhone 6S dan iPhone 7.

iPhone 7 dikatakan tidak lagi hadir dengan 3.5mm headphone jack.

Dalam erti kata lain, anda tidak lagi dapat menggunakan connector 3.5mm earphone atau headphone anda pada iPhone sebaliknya perlu menggunakan lightning port.

Dikatakan penggunaan lightning port membolehkan audio yang lebih jelas dihasilkan.

3. Pilihan Warna iPhone 7

Pilihan warna Apple iPhone 7

Menurut beberapa laman web terkenal, Apple dijangka akan mengumumkan warna baharu buat iPhone 7.

Warna Space Grey bakal dihentikan Apple sebaliknya bakal memperkenalkan warna Deep Blue dan Piano Black.

Warna Rose Gold yang telah menjadi trademark terbaru Apple dijangka akan dikekalkan.

Melihat daripada preview iPhone 7, pemilihan warna Deep Blue kelihatan sangat cool dan lebih sexy.

4. Storan iPhone 7

Storan Apple iPhone 7

Berdasarkan rumour awal mengenai Apple iPhone terbaru, Apple bakal menghentikan pengeluaran iPhone terbaru dengan storan 16 GB berikutan saiz yang kurang releven pada masa kini.

Saiz 32 GB bakal menjadi base model manakala pemilihan saiz storan yang lebih besar turut ditawarkan.

Apa yang lebih mengejutkan, dijangkakan Apple akan mengumumkan saiz storan 256 GB buat iPhone terbaru.

Melihat saiz storan yang diumumkan, buatkan kami teringat berapa harganya iPhone ini apabila mula dijual di Malaysia.

5. Tarikh Pelancaran iPhone 7

Seperti yang diumumkan oleh pihak Apple, 7 September 2016 bakal menjadi tarikh pengumuman iPhone terbaru.

Buat anda yang tidak sabar serta menantikan iPhone 7 live stream sempena acara pengumuman Apple, diingatkan untuk membuat semakan waktu lebih awal berikutan pelancaran akan dijalankan pada 8 September waktu Malaysia.

6. Harga iPhone 7

Bagi harga jualan iPhone 7 dan juga iPhone 7 Plus, ia akan dijual bermula USD649, USD749 dan USD849 untuk model 32GB, 128GB dan juga 256GB.

Untuk model iPhone 7 Plus pula akan hadir dengan harga bermula USD769, USD869, USD969 bagi model 32GB, 128GB dan 256GB.

BACA INI JUGA:

Sumber: Thevocket | Sentiasapanas

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon