Friday, June 10, 2016

Ngerinya Tapak Tangan Terbelah Akibat Mercun!


Baru empat hari berpuasa di bulan Ramadan, seorang kanak-kanak berusia 11 tahun dilaporkan terbelah tapak tangan kanannya dan putus tiga jari akibat bermain mercun di Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar.

Adam Haikal Mohd Sabri.jpg

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 6.30 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Adam Haikal Mohd Sabri dikatakan keluar bermain mercun setelah menerima ajakan rakannya sementara menunggu waktu berbuka.

Insiden dipercayai berpunca gara-gara mangsa tidak sempat membaling mercun yang sudah dinyalakan, sebelum meletup dalam tangannya.

Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Kuala Kangsar menggunakan ambulans sebelum dipindahkan ke Hospital Taiping.

“Adam selesai menjalani pembedahan kira-kira jam 2 pagi dan hanya tinggal dua jari iaitu jari telunjuk dan ibu jari.

“Dia masih dirawat di Hospital Taiping,” kata nenek mangsa, Noriah Mohd Salleh, 64, kepada BH Online.

Adam Haikal Mohd Sabri [2].jpg

Difahamkan, ketika kejadian jiran dikatakan telah menasihati mereka supaya tidak bermain mercun selepas balingan pertama menghasilkan bunyi yang kuat.

Namun, tidak lama kemudian, letupan kedua kedengaran disusuli dengan jeritan mangsa yang dalam kesakitan akibat mercun meletup pada tangannya.

BACA INI JUGA: Ngeri! Dihiris Mangkuk Tandas Pecah!

Sumber: Mynewshub.cc

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon