Jun 29, 2016

Kisah Luarbiasa Euro 2016, Media British 'Belasah' Skuad England

Kisah luar biasa Iceland di Euro 2016 terus mencuri perhatian apabila skuad itu bangkit daripada ketinggalan 1-0 untuk menewaskan England 2-1 di Nice, sekaligus menempah tempat suku akhir untuk menentang Perancis.

iceland vs england.jpg

Pada awalnya, kelibat pasukan kerdil yang mendapat sokongan padu itu diramal akan berakhir apabila bertemu skuad Roy Hodgson di peringkat 16 pasukan terbaik, namun ia benar-benar meleset.

Kemenangan Iceland ke atas negara bola sepak, England, bukan sahaja mengejutkan ramai pemerhati bola sepak, tetapi turut membuatkan jurulatih lawan itu meletak jawatan akibat terlalu kecewa.

Apabila Wayne Rooney meletakkan England di depan di minit keempat, Iceland dilihat seperti mendaki gunung untuk kekal beraksi di Perancis.

Tetapi jaringan penyamaan yang dilakukan Ragnar Sigurdsson dua minit kemudian kembali membuka harapan.

Gol tunggal England itu diperolehi selepas menerima hadiah sepakan penalti daripada pengadil apabila Raheem Sterling dijatuhkan di dalam kotak penalti, manakala jaringan Ragnar Sigurdsson dilakukan menerusi tandukan.

Di minit ke-18, Kolbeinn Sigthorsson, pula menjaringkan gol hasil rembatan deras, dengan penjaga gol England, Joe Hart, hanya sempat menyentuh sahaja.

Selepas jaringan itu, walaupun Iceland seolah-olah sudah menutup aksi bola sepaknya apabila hanya bermain bertahan, namun kubu England masih lagi jarang-jarang diuji.

Penyerang Harry Kane turut mencuri tumpuan apabila melakukan voley menarik, bagaimanapun ia menuju tepat ke arah penjaga gol lawan untuk mudah diselamatkan.

Bersambung babak kedua, England membuat beberapa pertukaran dengan memasukkan Jamie Vardy (ganti Sterling) dan Marcus Rashford (ganti Rooney), tetapi tiada perubahan kedudukan berlaku.

Media British belasah skuad Roy Hodgson

Skuad England

Isu kekalahan 2-1 England di tangan Iceland di Euro 2016 menjadi bahan muka depan kebanyakan media di United Kingdom, dengan pelbagai tajuk dan gambar digunakan lebih terarah kepada ejekan dan mempersenda.

Dalam portal popular, The Sun, mereka menggunakan tajuk 'DUMBS GONE TO ICELAND: Roy Hodgson quits after England team humiliated by minnows at Euro 2016'.

The Sun yang menganggap ia keputusan memalukan dengan membuat ulasan, sebuah negara yang terkenal dengan memancing ikan kod mengecewakan skuad superstar jutawan di Euro 2016 dengan cara memalukan.

Dalam laporannya, pelbagai wajah kecewa penonton digunakan dan yang menarik perhatian gambar seorang kanak-kanak yang memakai jaket England sedang memegang kepala.

Sementara itu, portal Independent yang menggunakan tajuk "Roy Hodgson resigns as England crash out of Euro 2016 in embarrassing fashion" menulis, Hodgson dan pemainnya kini menghadapi stigma sepanjang hayat akibat terlibat dalam detik hitam sejarah bola sepak Inggeris.

iceland vs england [3].jpg

Portal berkenaan turut mempersoalkan, tewas kepada Amerika Syarikat pada 1950 adalah satu perkara buruk, tetapi bagaimana pula apabila kalah kepada Iceland dalam pusingan kedua di kejohanan besar?

Satu lagi laman berita, Dailymail, menyatakan: "Shocking England become a laughing stock as manager Hodgson quits after Three Lions are booted out of Euro 2016 in humiliating 2-1 defeat by plucky Iceland (population 332,000)".

Perenggan pertama dalam laporan artikel ini begitu sinis:"Pemain bola sepak England yang gagal akan pulang hari ini selepas mengalami kekalahan paling memalukan negara dalam sejarah, menjadikan mereka bahan ketawa di seluruh dunia."

BACA INI JUGA: Persoalan Terjawab! Kenapa Bolasepak Bermain 45 Minit!

Sumber: Astroawani

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon