Thursday, June 02, 2016

8 Resipi Unik Kuih Raya 2016!


Pernah tak terlintas dalam fikiran tiap-tiap tahun sama je kuih raya tradisional, takde yang lain ke? Apa kata tahun ini kita cuba lain dari lain. Konfirm, tetamu akan kata wow! Uniknya kuih raya ni!

Antara yang boleh dibuat secara simple dan Yummy!

1. Biskut Pepero

Biskut Pepero.jpg

Bahan-bahannya:
  • 1 biji kuning telur
  • 1 biji putih telur
  • 3 1/2 oz milk chocolate
  • 1 oz white chocolate
  • 1/4 cawan susu pekat manis
  • s 2 sudu besar gula
  • 1/8 sudu kecil garam
  • 1/4 cawan mentega
  • 2 sudu besar air
  • 1 1/2 cawan tepung
  • 1/2 sudu kecil baking powder

Cara-cara membuatnya:
  • Mula-mula, campurkan susu pekat manis dengan air dan ketepikan.
  • Satukan tepung, gula, baking powder dan garam.
  • Gaul hingga sebati.
  • Kemudian masukkan mentega ke dalam adunan tepung, setelah sebati masukkan kuning telur.
  • Akhir sekali masukkan bancuhan susu tadi.
  • Sekiranya adunan masih melekit, tambahkan tepung hingga adunan menjadi doh.
  • Balut doh dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk selama 20 minit.
  • Tujuannya adalah untuk memastikan doh sebati dan rangup setelah dibakar.
  • Keluarkan doh dan bentukkan menjadi jejari.
  • Setelah siap, simpan sekejap doh yang dibentuk tadi dalam peti sejuk, lebih kurang 10 minit.
  • Pastikan oven telah dipanaskan dgn suhu 175 darjah celcius.
  • Keluarkan biskut jejari tadi dan sapukan putih telur dan bakar selama 20-25 minit atau hingga biskut masak.
  • Untuk salutan biskut, cairkan milk chocolate dan white chocolte dengan kaedah double boiler.
  • Sebelum biskut dicelup ke dalam coklat, pastikan biskut telah sejuk.
  • Jika kreatif, boleh saja tambahkan pelbagai jenis hiasan coklat mengikut citarasa anda.

2. Biskut Lidah Kucing

Biskut Lidah Kucing.jpg

Bahan-bahannya:
  • 250 gm butter
  • 175 gm gula kastor
  • 100 ml putih telur
  • 200 gm tepung gandum
  • 50 gm tepung jagung
  • 1/4 sudu teh emplex (perangup biskut)
  • 6 pewarna berbeza: merah, oren, kuning, hijau, biru, ungu.

Biskut Lidah Kucing [2].jpg
Dulang khas untuk bakar biskut lidah kucing.

Cara-cara membuatnya:
  • Mula-mula, sapukan loyang dengan sedikit butter.
  • Ayakkan bersama tepung jagung, tepung gandum dan emplex, ketepikan.
  • Dengan menggunakan mixer, pukul mentega dan gula hingga berkrim.
  • Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati.
  • Masukkan tepung dan kaup balik dengan spatula hingga rata.
  • Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian.
  • Letakkan pewarna untuk setiap bahagian dan masukkan dalam piping bag atau bag plastik untuk setiap warna berlainan.
  • Paipkan atas loyang lidah kucing.
  • Akhir sekali, bakar dalam oven pada suhu 150°C selama 15 hingga 20 minit.

3. Biskut Oreo Penakluk Cinta

Biskut Oreo Penakluk Cinta.jpg

Bahan-bahannya:
  • 30 keping Oreo
  • 6 sudu besar mentega
  • 2 cawan marshmallow (pelbagai warna)
  • 1 sudu besar sos karamel
  • 3 sudu besar cip coklat

Cara-cara membuatnya:
  • Panaskan oven pada suhu 180°C.
  • Cairkan mentega lebih kurang 30 saat di dalam microwave.
  • Sementara itu, hancurkan Oreo.
  • Satukan dan gaul sebati.
  • Sediakan loyang acuan silikon.
  • Tuang adunan Oreo ke dalam acuan, ratakan dan tekan-tekan supaya padat.
  • Bakar selama 10 minit.
  • Keluarkan dari oven dan tabur dengan marshmallow.
  • Picit-picitkan sos karamel.
  • Bakar kembali selama 8 minit.
  • Keluarkan dari oven dan tabur dengan cip coklat.
  • Sejukkan di dalam peti sejuk selama lebih kurang 6 ke 8 jam, atau semalaman.
  • Keluarkan dan potong kecil-kecil ikut selera.

4. Biskut Rainbow Styles

Biskut Rainbow Styles.jpg

Bahan-bahannya:
  • 250gm Tepung Gandum
  • 1 sudu besar Tepung Jagung ( brown &polson )
  • 50 gm Tepung Susu 250 gm
  • Mentega / marjerin 160 gm
  • Gula Aising 1 sudu kecil
  • Esen Vanila Pewarna – Ungu Violet, Biru, kuning, jambu, merah, hijau epal

Cara-cara membuatnya:
  • Satukan ke semua bahan dalam mangkuk dan uli sehingga menjadi doh.
  • Bahagikan kepada 7 bahagian untuk diwarnakan - dan satu bahagian tanpa warna.
  • Uli dan gulung doh memanjang atau menggunakan piping bag pastikan saiz seperti sebatang straw, perlu diingat styles cookies saiz setiap doh yang diuli perlukan saiz seakan sebatang straw minuman.
  • Susun setiap doh yang telah diuli menjadi seakan straw minuman atas loyang atau dulang.
  • Susun rapat-rapat antara setiap doh yang telah diwarnakan dan diuli.
  • Apabila telah siap disusun.
  • Sejukkan sebentar dalam peti sejuk selama 30 minit.
  • Keluarkan doh dari peti sejuk, potong bersilang seperti bentuk 3 segi, anda boleh memotong memanjang jika suka, Styles cookies hanya sesuai bentuk 3 segi dan 4 segi kerana keunikannya dan tiada pembaziran doh.
  • Hias dengan gula manik.
  • Bakar pada suhu 160°c selama 18 minit.

5. Biskut Donut

Biskut Donut.jpg

Bahan-bahannya:

Bahan A
  • 150 gm mentega
  • 30 gm shortening
  • 100 gm gula caster
  • 1 biji kuning telur
  • 1/2 sudu teh emplex

Bahan B
  • 200 gm tepung gandum
  • 60 gm tepung jagung
  • 30 gm nestum - dikisar
  • 3 sudu besar susu tepung
  • Hiasan
  • Coklat masakan putih
  • Manik berwarna warni

Cara-cara membuatnya:
  • Satukan bahan A dan pukul hingga sebati.
  • Masukkan bahan B dan uli sehingga menjadi doh.
  • Canai doh dan terap dengan acuan berlubang berbentuk donut.
  • Bakar dalam oven pada suhu 150°C selama 20 minit atau sehingga biskut masak sempurna.
  • Setelah masak susun atas redai hingga sejuk.
  • Cairkan coklat masakan dengan kaedah double boiler.
  • Celupkan sebelah permukan biskut.
  • Taburkan manik.
  • Tunggu coklat mengeras dan simpan dalam bekas kedap udara.

6. Biskut Meringue

Biskut Meringue.jpg

Bahan-bahannya:
  • 3 biji telur putih
  • 3⁄4 cawan gula
  • Pewarna ikut suka

Cara-cara membuatnya:
  • Kalau anda mahu gula mudah digaulkan dengan putih telur, panaskan gula di dalam oven selama lima minit. 
  • Kemudian pukul putih telur sehingga menjadi warna putih.
  • Masukkan gula yang panas tadi ke dalam adunan dan terus pukul adunan.
  • Apabila telah siap, letakkan pewarna yang disukai.
  • Masukkan adunan yang telah siap dicampur dengan pewarna ke dalam piling dan buat corak seperti coklat Hersheys atau corak-corak lain yang menarik.
  • Bakar dalam oven selama 90 minit.

7. Biskut Sandwich Mawar Red Velvet

Biskut Sandwich Mawar Red Velvet.jpg

Bahan-bahannya:

Bahan A
  • 2/3 cawan shortening
  • 1 3/4 cawan guna
  • 2 biji telur
  • 1 sudu vanilla
  • 1/4 cawan buttermilk
  • 1 sudu pewarna merah
  • 2 cawan tepung AP
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1/2 sudu garam

Bahan B (krim)
  • 1 cawan mentega yang telah dilembutkan, softened
  • 4 cawan gula kasar
  • 1/2 sudu ekstrak badam
  • 13 auns krim marshmallow

Cara-cara membuatnya:

Bahan A
  • Panaskan oven sehingga 350 C.
  • Dengan menggunakan mixer, pukul shortening dan gula sehingga sebati.
  • Masukkan telur, satu demi satu dalam kelajuan mixer yang telah dikurangkan.
  • Masukkan vanila, buttermilk dan pewarna merah.
  • Dalam mangkuk berasingan, pukul tepung, serbuk koko dan garam.
  • Adunan ini dimasukkan ke dalam adunan yang sebelumnya.
  • Uli sehingga sebati.
  • Masukkan adunan ke dalam piping dan buat bentuk bunga ros.
  • Bakar selama 6-8 minit.

Bahan B
  • Pukul mentega menggunakan mixer sehingga ia menjadi ringan dan gebu.
  • Masukkan ekstrak badam. 
  • Masukkan perlahan-lahan gula kasar sehingga semuanya sebati. 
  • Bila siap, simpan di tempat yang sejuk. 
  • Jadikan Bahan B ini sebagai krim di antara dua Bahan A (biskut).

8. Cupcakes Nutella

Cupcake Nutella.jpg

Bahan-bahannya:
  • 1 cawan Nutella
  • 3/4 cawan (120g) tepung naik sendiri
  • 2 biji telur yang dipukul sedikit

Cara-cara membuatnya:
  • Panaskan ketuhar kepada 180°C. Sediakan acuan cupcake dengan 9 acuan dan letakkan kertas cupcake.
  • Masukkan Nutella, tepung dan telur ke dalam mangkuk. Campurkan adunan dengan sudu besi sehingga sebati.
  • Isi acuan cupcake dengan adunan dan bakar sehingga 20-25 minit. Cupcake yang cukup masak akan melantun kembali apabila di picit sedikit di permukaan dengan jari.
  • Biarkan sejuk sebelum dialihkan dan dihidang.
  • Jika anda ingin menambah frosting, anda boleh campurkan 1 cawan Nutella bersama cream cheese. Masukkan ke dalam beg paip dan hiaskan cupcake anda.

Akhir kata, sedap itu memang sedap tapi perlu ingat jaga kesihatan!

BACA INI JUGA: Resepi Ayam Panggang Ala Kenny Rogers

Sumber: Bolehbah

1 comment

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon