Apr 4, 2016

Kerja Petik Buah Di Australia Yang Hanya Indah Khabar

Pasti ramai di kalangan kita pernah dengar tentang tawaran gaji lumayan dengan hanya bekerja sebagai pemetik buah di luar negara terutamanya di Australia dan New Zealand.

Kerja petik buah di Australia [2]
Gambar hiasan.

Akibatnya ramai rakyat Malaysia terpengaruh untuk berhijrah selepas berdaftar dengan ejen-ejen yang menawarkan pekerjaan di sektor perladangan di sana.

Maklum sajalah, siapa tidak tergoda dengan angka pendapatan yang mampu mencecah sehingga RM200,000 setahun seperti yang ditawarkan oleh ‘iklan-iklan’ tersebut.

Namun, siapa sangka iklan itu sebenarnya hanyalah penipuan semata-mata. Demikianlah nasib yang menimpa seorang bekas kakitangan swasta yang hanya mahu dikenali sebagai Siti, 32, seperti yang dikongsikan oleh Harian Metro baru-baru ini.

Pengalaman Siti selama dua bulan di Melbourne, Australia, wajar dijadikan rujukan bagi mereka yang berhajat meraih pendapatan lumayan dengan kerjaya memetik buah.

Siti berkata, penyebab utama dia menggerakkan diri merantau ke negara itu semestinya kerana pendapatan lumayan yang dijanjikan di iklan di laman sosial.

Dia sebelum ini bekerja di sebuah syarikat dengan gaji hampir mencecah RM5,000 sebulan, namun terpaksa meletakkan jawatan selepas ibunya memulakan rawatan dialisis dan hanya dia sahaja yang masih belum berkahwin pada ketika itu.

Berikut adalah perkongsian Siti:

Mula-mula berhenti kerja, saya sangka mendapat sokongan adik-beradik lain kerana saya perlu membayar ansuran kereta serta pinjaman peribadi yang boleh dikatakan agak banyak jumlahnya setiap bulan.

Bagaimanapun, selepas hampir dua bulan menjaga ibu yang baru menyesuaikan diri dengan rawatan dialisis, saya dapati adik-beradik lain mempunyai tanggungan sendiri kerana masing-masing berkeluarga.

Terpengaruh dengan iklan di Facebook

Dari situ, timbullah niat untuk bekerja memetik buah di Australia selepas membaca satu iklan di Facebook yang menawarkan gaji RM12,000 sebulan.

Namun, mengenangkan keadaan ibu yang uzur, saya hanya menyimpan niat itu dalam hati. Tanpa saya sedari, ibu saya sebenarnya tahu kesempitan yang dihadapi ketika itu.

Lalu ibu mencadangkan saya pergi bekerja memetik buah di Australia selepas mendengar cerita daripada kakitangan kakak saya mengenai suaminya yang dapat melangsaikan segala hutang dalam masa setahun selepas bekerja di sana.

Oleh kerana sudah mendapat keizinan ibu, saya mengeluarkan semua wang simpanan serta menjual motosikal kesayangan, malah meminjam daripada adik beradik lain dan rakan untuk dijadikan modal.

Bermulanya episod penipuan

Kerja petik buah di Australia
Keratan akhbar - Tiada kaitan dengan artikel.

Saya diperkenalkan pada seorang ejen oleh rakan yang sudah ke sana dikenali sebagai Mie. Dia menawarkan harga promosi RM1,500 kononnya sebagai kos menguruskan penginapan serta pengangkutan minggu pertama saya apabila tiba di sana kelak.

Memikirkan saya bergerak secara solo, saya mengambil keputusan untuk menggunakan khidmat ejen itu dan memberi kepercayaan penuh kepadanya.

Jumlah keseluruhan yang dibelanjakan ke sana termasuk tiket kapal terbang, upah ejen, hampir mencecah RM9,000 dan saya terbang ke Melbourne pada pertengahan Januari 2014.

Sebaik saja tiba di sana, ejen mengarahkan saya ke sebuah pekan kecil, Robinvale, daerah Victoria berbekalkan satu nombor telefon yang dia sendiri tidak tahu siapa tetapi mendakwa ia adalah kontraktor yang akan memberikan saya kerja.

Malangnya saya tidak dapat menghubungi ejen terbabit dan dari situlah bermulanya episod penipuan demi penipuan oleh beberapa individu yang rata-rata mendakwa sudah mendapat taraf penduduk tetap Australia.

Dihalau kontraktor

Minggu pertama saya memetik anggur, sepatutnya menerima bayaran A$450. Namun kontraktor hanya membayar A$150 atas alasan saya berhutang dengannya dan jumlah kotak anggur yang dipetik kurang daripada yang saya rekodkan.

Tidak berpuas hati dengan kontraktor itu, saya dan beberapa rakan berniat melarikan diri pada keesokan harinya ke ladang lain. Namun, niat kami berjaya dihidu kontraktor itu dan kami dihalau pada malam itu juga.

Selepas itu, kami berpindah ke sebuah lagi pekan dalam daerah Victoria iaitu Echuca untuk memetik tomato dan di sini keadaannya lebih baik berbanding sebelumnya kerana kami semua dapat berhubung terus dengan pemilik ladang.

Bagaimanapun, kontraktor yang menguruskan saya pada ketika itu sering bertengkar dengan pemilik ladang kerana kekurangan kerja dan mengakibatkan pendapatan kami terima tidak seperti yang diharapkan.

Hutang semakin menimbun

Memikirkan hutang di tanah air semakin menimbun, saya kuatkan semangat. Namun lama kelamaan saya semakin berasa tidak berbaloi, terpaksa berjauhan dengan keluarga untuk bayaran yang sedikit.

Akhirnya saya mengambil keputusan menceritakan segalanya kepada ibu dan akhirnya saya disuruh pulang.

Berada di negara orang tanpa permit kerja sah membuatkan saya sentiasa berada dalam ketakutan terutamanya apabila terserempak dengan pihak berkuasa.

Cerita manis di Facebook dan blog menyatakan seminggu boleh meraih pendapatan A$1,200 bukanlah tidak boleh dicapai, namun ia memerlukan masa sekurang-kurangnya setahun sebelum pekerja diberikan kepercayaan untuk dibayar dengan jumlah itu.

Namun, sanggupkah anda bekerja tanpa sebarang dokumen sah serta dihantar pulang ke tanah air tanpa hasil sekiranya ditangkap oleh pihak berkuasa?

Saya pergi ke sana bermodalkan hampir RM9,000 dan pulang ke tanah air dengan hasil sebanyak RM1,200. Saya kini menanggung hutang keliling pinggang, selain sukar mendapatkan pekerjaan.

BACA INI JUGA: 10 Negara Dengan Matawang Paling Murah Di Dunia

Sumber: Mynewshub

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

9 comments

Sebab tu la jangan terlalu percaya dengan iklan iklan yang diviralkan.

Kena tengok pengurusan agen tu... saya ada kawan yg masyuk kerja di sana tu. Tiada masalah dan kontrak 6 bulan sekali... dah masuk 2 kali kontrak juga tu.

Ada masa tengok juga instagram dia kat ladang apple tu... cuma duduk hulu kampunglah... nasib masing2lah kan... kena pastikan btul2 agen tu hampeh ke tak...

Melayu byk tipu melayu.. Sini sape nk try keje bole ikot sy.. Kerja setahun sentiasa ad.. Di robinvale... Sy nk pakai org dlm 80 org.. Berminat wasap sy 0172497356.. Xkesah laki or perempuan janji rajin berkerja

boleh saya dpt contact kalau nk kerja Kat Sana?

Salah siti la..siapa xsiasat dulu agen tu..kalo boleh ikut kawan2 yg dah kesana

assalamualaikum...mntak maaf sy cakap ... alhamdulillah suami sy dah berade di sana lebih dari 3bulan..alhamdulillah setiap mnggu die bagi dekat saya rm300 means 100dollar..so sebulan rm1000 lebih la suami sy bagi .. mule2 nak menapak sane mmg susah..jgn cakap bru g sane trus kaye ..2tahun pun blum tntu trus kaye..kene slow2 lah .. same je mcm mlysia .. alhamdulillah lah .. kalau btul niat nak kerja ..tiap2 mnggu boleh bank in dekat malaysia .. 23hb nie saya akan berangkat ke sana .. ape yg sy nak terangkan .. jgn ingt smua nak senang..smua nk ade depan mate .. terima kasih...assalamualaikum..

sape2 nak tnye pasal kerja kat sane..wssup saya...0172262515..sy di malaysia sekarang .. 23hb ni sy akan ke melbourne .

Baru je pagi ni sembang dengan kawan pasal ni. Sekarang diorang dalam proses nak terbang ke Australia. Yang lain dah kerja kat sana sampai bulan 10 ni. Siapa yang berminat boleh la cuba. :)

hi.. yg berminat blh whatsapp sy 0173481813. tiada penipuan. ikhlas nak tolong. kos rendah. semua diuruskan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon