Friday, February 12, 2016

'Sayang Bini Jangan Sampai Bunuh Orang'


Dalam ucapan terbarunya, Tun Mahathir berkata walaupun terhutang budi kepada bekas perdana menteri, Tun Abdul Razak Hussein, namun beliau harus juga mengambil berat terhadap sebarang salah laku yang mungkin telah dilakukan oleh perdana menteri sekarang.

TUN+mahathir

Katanya, walaupun beliau mungkin merasa terhutang kerjaya politiknya kepada Tun Razak dan telah mengangkat kedudukan politik anak bekas perdana menteri itu, namun Mahathir berkata beliau tidak akan tutup mata terhadap sebarang salah laku.

"Hakikatnya ialah saya nak balas budi, kerana Tun Razak angkat saya jadi perdana menteri, (dan) saya cuba angkat anaknya (juga) menjadi perdana menteri.

"Saya sayang, saya sayang tetapi walaupun saya sayang, kita harus juga ambil berat.

"Kita tak boleh sayang satu orang sampai dia bunuh orang pun kita kata ok la," katanya kepada kira-kira 500 hadirin.

Tun, bagaimanapun, dengan cepat berkata bahawa apa yang dikatakannya itu tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun.

"(Ini) tidak ada kena (mengena) dengan apa-apa. Saya (hanya) bagi contoh," katanya di majlis 'Bicara Negarawan: Anda Tidak Keseorangan' anjuran NGO Prihatin.

Tun kemudiannya membuat rujukan mengenai sayang seseorang kepada isteri.

"Kita sayang kepada isteri pun, kalau isteri melakukan jenayah yang dahsyat, kita tidak boleh terima pasal dia isteri (kita)," tambahnya.

Bekas perdana menteri sekali lagi menafikan yang beliau merujuk kepada sebarang kes mahupun individu tertentu.

BACA INI JUGA: Manusia Luar Biasa, Bagaimana Mereka Akhirnya Mati?


1 comment

  1. Nyawa kita ni Allah yang beri. Dia saja yang berhak ambil semula..kenapa ramai manusia tak takut membunuh

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon