Tuesday, February 23, 2016

Penyanyi Dangdut ‘Klepek-klepek’ Dituduh Pelacur Kelas Atasan?!


Penyanyi dangdut Indonesia, Hesty Aryatura atau dikenali sebagai Hesty ‘Klepek-klepek’ ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam aktiviti pelacuran kelas atasan.

Hesty Aryatura

Hesty, 21, ditahan bersama seorang lelaki yang dipercayai bapa ayam di sebuah hotel empat bintang di Lampung Jumaat minggu lalu.

Jurucakap polis, Sulistyaningsih berkata, Hesty dan lelaki itu dipercayai sedang menunggu pelanggan yang mahu melanggan perkhidmatan penyanyi itu.

“Hesty dijanjikan bayaran sebanyak Rp100 juta (RM 31,261) oleh bapa ayam itu untuk melayan pelanggan berkenaan,” katanya.

Menurutnya, Hesty yang popular dengan lagu Cintaku Klepek-klepek ditahan untuk soal siasat sebelum dibebaskan.

“Buat masa ini polis menganggap Hesty hanya mangsa bapa ayam berkenaan dan dia bakal dibebaskan selepas keterangannya diambil.

“Lelaki yang dipercayai bapa ayam itu bakal didakwa atas tuduhan memperdagangkan manusia untuk aktiviti pelacuran,” jelasnya.

Menurutnya, polis juga sedang menyiasat sekiranya ada penyanyi atau artis popular lain yang terjebak dengan aktiviti pelacuran berkenaan. -Agensi

BACA INI JUGA: Nikita Mirzani Didakwa Sukarela Melacur!

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon