Feb 19, 2016

Derma RM2.6 Bilion Bukan Dari Saudi, Kata WSJ!!

Kredibiliti Peguam Negara, Apandi Ali, kini dikompromi apabila The Wall Street Journal (WSJ) menyangkal kenyataan Najib Razak bebas daripada sebarang salah laku dalam penemuan derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya.

RASUAH+1MDB

Pengarang kewangan WSJ Ken Brown dalam wawancara bersama ABC News Australia berkata, wang itu bukan daripada keluarga Diraja Arab Saudi sebaliknya datang daripada pelbagai syarikat berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Laporan kami selama berbulan-bulan menunjukkan wang itu bukan dari Arab Saudi tetapi dari syarikat dan akaun bank yang mempunyai hubungan dengan 1MDB.

"Dan seperti anda sedia maklum, laporan kami belum pernah dipertikaikan lagi dan kami ada banyak bukti sokongan," katanya dalam wawancara pada 12 Februari lalu.

WSJ adalah penerbitan yang pertama sekali menyiarkan berita tentang kehadiran wang tersebut dalam akaun Najib.

Najib pada mulanya mengarahkan peguamnya menghantar surat tuntutan kepada WSJ namun surat tersebut akhirnya dihantar sebagai surat mengesahkan laporan berkenaan semata-mata.

Sehingga kini, pemimpin tertinggi negara itu belum mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap WSJ.

Kini beberapa pihak berkuasa luar negara sedang menyiasat urus niaga 1MDB walaupun Najib belum dinamakan lagi dalam mana-mana siasatan.

Brown turut mengulas cadangan Apandi untuk mengetatkan hukuman terhadap mereka yang membocorkan maklumat kerajaan.

"Ia tak mengejutkan selepas usaha kerajaan mendakwa wang itu datang dari Arab Saudi.

"Realitinya, tiada sesiapa pun percaya dan mereka dibidas kerana perkara itu. Sekarang ini, mereka kata semua orang tidak lagi boleh membincangkannya," katanya.

Brown turut membayangkan lebih banyak maklumat akan diketahui umum apabila pihak berkuasa luar negara melanjutkan siasatan mereka.

"Aksi sebenar akan berlangsung dalam beberapa bulan akan datang menerusi siasatan luar negara dan jika mereka menemui perkara serius, ia amat sukar buat kerajaan Malaysia untuk tidak mengendahkannya," katanya lapor The Malaysian Insider.

BACA INI JUGA: PANAS! Kenyataan Arab Saudi Bukti Najib Menipu Lagi!?

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon