Tuesday, January 05, 2016

'TPPA Bukan Perdagangan Bebas' - Tun Mahathir


Kerajaan tidak kisah apa jua tentangan yang disuarakan oleh sesiapa sahaja di Malaysia atau di luar negara terhadap menandatangani TPPA. Ia akan terus menandatanganinya.

Tun Mahathir TPPA

Menteri Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) cuba meyakinkan kita bahawa kita boleh keluar daripada perjanjian itu pada bila-bila masa yang kita mahu.

Ya, memang kita boleh. Tetapi ianya tidak akan menjadi semudah itu dan kosnya boleh mufliskan kita.

Dalam perjanjian TPPA ini syarikat boleh menyaman Kerajaan kerana kehilangan keuntungan, termasuk keuntungan masa depan, jika tindakan Kerajaan mengakibatkan kerugian itu.

Dalam satu kes di sebuah negara Amerika Latin, atas sebab-sebab pencemaran besar-besaran, Kerajaan telah memutuskan untuk menghentikan operasi perlombongan yang diberi kepada sebuah syarikat Amerika. Syarikat itu kemudian menyaman Kerajaan beberapa bilion Dolar AS kerana kehilangan keuntungan, termasuk keuntungan masa depan.

Sesuatu keputusan untuk menarik diri daripada TPPA sudah pasti akan menyebabkan kehilangan keuntungan dan keuntungan masa depan oleh syarikat-syarikat yang melabur di Malaysia atau berdagang dengan Malaysia.

Penarikan diri ini akan melibatkan banyak syarikat dan jangkaan kerugiannya dikatakan boleh mencecah beratus-ratus bilion.

Mahkamahnya bukan milik kita di mana kita boleh bergantung untuk simpati dan prihatin terhadap apa yang akan berlaku kepada ekonomi dan kewangan kita.

Tidak ada cara di mana kita boleh memberi tekanan atau merasuah mahkamah. Kita akan terpaksa membayar berbilion-bilion.

Oleh itu, tidaklah perlu bercakap tentang melepaskan diri daripada perjanjian bagi mengawal perdagangan dan pelaburan ini, yang dipanggil TPPA.

Ianya bukan untuk menggalakkan perdagangan bebas. Ia adalah khusus untuk mengawal selia perdagangan sepenuhnya.

Berbanding dengan ini, mungkin kita perlu ingat bahawa apabila kita tidak memeterai sebarang perjanjian seperti ini, kita menjadi negara perdagangan ke-17 terbesar di dunia.

Kita bebas untuk melindungi diri kita sendiri dan merangka dasar yang memberi manfaat kepada kita semua rakyat Malaysia.

Kita tumbuh dengan pesat pada masa itu. Kita berniaga dengan sesiapa sahaja yang kita suka.

Saya boleh banyak berbicara tentang perkara-perkara lain yang tidak baik mengenai TPPA. Tetapi Kerajaan sudah tentu tidak akan mengambil berat.

Kerajaan akan melakukan apa saja yang ia mahu lakukan. Jangan soal mengapa.

Anda tahu apa jawapan yang anda akan dapat apabila anda bertanya kepada Kerajaan sebarang soalan.

BACA INI JUGA: 'Orang Politik Memang Kata TPPA Bagus, Penyelamat'

Sumber: Chedet.cc

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon