Friday, January 29, 2016

'Malaysia Antara 10 Negara Paling Rasuah Di Dunia' Tun Mahathir


Berikut merupakan tulisan yang merupakan satu pertanyaan terbaharu dari blog Tun Mahathir buat renungan semua.

TUN+MAHATHIR

Di Malaysia, Peguam Negara yang memutuskan jika sesuatu undang-undang dilanggar atau tidak. Keputusan tersebut merupakan satu penghakiman.

Peguam Negara bertindak sebagai Hakim dan Pendakwa Raya. Ini dengan sendirinya satu ketidakadilan.

Saya mengaku saya tidak terperanjat apabila Peguam Negara memutuskan laporan oleh SPRM tidak menunjuk YB Perdana Menteri telah melakukan perbuatan jenayah apabila RM 2.6 bilion dijumpai di dalam akaun peribadi beliau atau selanjutnya jumlah RM 42 juta juga didapati di dalam akaun beliau. Saya telah menyatakan Peguam Negara akan membuat keputusan yang sedemikian.

Hanya dengan mempunyai sejumlah wang berkenaan sahaja di dalam akaun Perdana Menteri adalah menjadi satu kesalahan walau pun ianya mungkin bukan perbuatan jenayah.

Tetapi kini Peguam Negara telah mengistiharkan wang tersebut merupakan hadiah dari pihak Arab Saudi.

Kononnya terdapat sepucuk surat dari Saudi yang menyatakan bahawa wang berjumlah USD 681 juta atau RM 2.08 bilion adalah hadiah kepada Perdana Menteri atas sumbangan beliau melawani pengganas Islam.

Siapakah gerangan Arab ini, bagaimana beliau mempunyai wang yang begitu banyak untuk diderma, apakah jenis perniagaan beliau, apakah maklumat perbankannya, bagaimana wang berkenaan disalurkan, apakah dokumen-dokumen bagi membuktikannya?

Hanya sepucuk surat dari individu yang telah meninggal atau badan-badan yang agak samar latar belakangnya adalah memadai untuk Peguam Negara.

Kemudian beliau menyatakan bahawa baki USD 620 juta atau RM 2.03 bilion telah dipulangkan kepada pihak Saudi. Bagaimana dan bila ini dilakukan?

Kita dimaklumkan baki berkenaan telah dibekukan oleh pihak Singapura. Bolehkah pihak Singapura menjelaskan pembatalan pembekuan dan penghantaran semula kepada pihak Saudi?

Atau adakah pihak Singapura juga mempercayai cerita sumbangan percuma, surat berkenaan dan pengakuan pihak Saudi?

Singapura adalah sebuah pusat kewangan. Adakah negara tersebut begitu mudah mempercayainya?

Kemudian Peguam Negara memutuskan bahawa tidak ada kes terhadap Najib. Beliau juga mengarahkan supaya pihak SPRM menutup kes berkenaan dan memberhentikan penyiasatan.

Saya fikirkan pihak SPRM merupakan badan yang bebas. Namun kini kelihatan SPRM berada di bawah bidang kuasa Peguam Negara dan menerima arahan dari pihaknya.

Tidak hairanlah Malaysia termasuk dalam senarai antara sepuluh negara yang paling korup di dunia. Badan pencegah rasuah tidak bebas.

Adalah bertepatan apabila saya meramalkan bahawa Peguam Negara akan menolak laporan dari SPRM seperti mana yang berlaku dengan laporan dari Bank Negara.

Ramai orang semestinya telah mengetahui isi kandungan kedua-dua laporan berkenaan. Walau bagaimana pun mereka telah melihat apa yang boleh terjadi apabila seseorang membuat laporan kepada polis. Dan mereka berasa takut.

Saya juga takut. Hari ini undang-undang tidak lagi melindungi orang ramai. Sebagai contoh, Akta Rahsia Resmi kini digunakan untuk menghalang laporan-laporan dari diketahui umum.

Sebaliknya orang ramai kini terdedah dengan penyalahgunaan Akta Rahsia Resmi dan risiko dimasukkan ke penjara.

Sehinggakan Akta Keselamatan Dalam Negeri tidak memberi ketakutan yang sedemikian kepada orang ramai.

Quo Vadis Malaysia (Ke mana arahnya Malaysia?)

BACA INI JUGA: Inilah Padahnya Bila Berita Diputar-belit

Sumber: Chedet.cc

2 comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon