Jan 26, 2016

Kes DERMA RM2.6 Bilion dan RM42 Juta DI TUTUP!

Sukar mahu dipercayai! Takkan semudah itu saja AG (Peguam Negara) katakan tiada kesalahan jenayah yang dilakukan Najib dalam kes RM2.6 bilion dan SRC!?

NAJIB+LAWAK

Baru sahaja Datuk Bahri dari SPRM berkata sudah menyerahkan semula kertas siasatan kepada AG dan selepas itu AG tampil umumkan NO CASE!

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini berkata, tiada kesalahan jenayah yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib Razak berhubung wang sumbangan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya serta siasatan berkaitan SRC International. -Mkini

Dan kertas-kertas siasatan itu akan dikembalikan semula kepada SPRM dengan arahan supaya kes ditutup.

Satu lagi, AG kata;

Menurut Apandi, pada Ogos 2013, sejumlah wang RM2.03 bilion (AS$620) telah dikembalikan kepada keluarga diraja Arab Saudi kerana dana tersebut tidak diguna pakai.

"Wang sejumlah RM2.03 bilion telah dikembalikan semula oleh perdana menteri kepada keluarga diraja Arab Saudi kerana dana tersebut tidak diguna pakai. - Mkini.

Apakah itu rumusan hasil siasatan SPRM atau ia adalah pendirian AG sendiri?

Apakah penjelasan mengenai RM42 juta? Dari mana datangnya, apakah alasannya dan kemana perginya? Adakah ia juga satu bentuk derma?

Benarkah selepas akaun Najib ditutup dana yang berbaki telah dikeluarkan ke Singapura dan telah dibekukan? Apa bukti yang menunjukkan dana itu sudah dikembalikan kepada keluarga diraja Arab Saudi?

Tunjukkan bukti surat sokongan yang mengatakan dana RM2.6 bilion itu merupakan derma peribadi kepada Najib.

Rakyat perlukan penjelasan yang lebih menyeluruh. Tidak semudah itu untuk tutup kes sebesar ini.

Memandangkan kredibiliti AG di mata rakyat adalah pada tahap yang amat rendah, dimohon AG kemukakan alasan-alasan tuntas bagi menjawab segala persoalan yang ditimbulkan supaya rakyat tidak membuat sebarang spekulasi negatif.

Tidak cukup dengan hanya mengatakan, 'Tidak ada kesalahan jenayah dan kes di tutup'.

Rakyat sekarang bijak dan pandai menilai, tidak lagi menerima buta apa saja keputusan yang dibuat.

Dan ini kali pertama kita mendengar seseorang kembalikan derma yang diterima!

Di bawah adalah kenyataan dari AG;

Saya mengkaji dengan teliti keseluruhan keterangan saksi-saksi dan dokumen-dokumen serta maklum balas diberikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan klarifikasi yang dipohon sebelum ini berhubung satu kertas siasatan berkaitan kes yang dikatakan melibatkan dana RM2.6 bilion dan 2 kertas siasatan berkaitan kes SRC International yang dikemukakan kembali kepada saya oleh SPRM.

RM2.6 bilion

Berhubung kertas siasatan berkaitan dana yang dikatakan berjumlah “RM2.6 bilion” yang dimasukkan ke dalam akaun PM, saya berpuas hati keterangan saksi-saksi dan dokumen-dokumen sokongan yang dikemukakan oleh pihak SPRM kepada saya menunjukkan dana dimasukkan ke dalam akaun PM berjumlah AS$681 juta (RM2.08 bilion) di antara tarikh 22 Mac 2013 dan 10 Aprul 2013 adalah merupakan sumbangan peribadi kepada PM daripada keluarga diraja Arab Saudi dan diberikan kepada beliau tanpa apa-apa balasan.

Pihak SPRM sendiri di dalam siasatan menemui dan merakamkan percakapan saksi-saksi termasuk pemberi sumbangan dana tersebut yang mengesahkan sumbangan tersebut diberikan kepada PM secara peribadi.

Saya berpuas hati tiada keterangan yang menunjukkan dana tersebut adalah suatu bentuk suapan yang diberikan secara rasuah.

Keterangan daripada siasatan tidak menunjukkan sumbangan dana tersebut diberikan sebagai dorongan atau sebagai upah untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan kapasiti beliau sebagai seorang perdana menteri.

Tambahan pula, dalam bulan Ogos tahun 2013, wang sejumlah AS$620 juta (RM2.03 bilion) dikembalikan semula PM kepada keluarga diraja Arab Saudi kerana dana tersebut tidak diguna pakai.

Berdasarkan keterangan saksi-saksi dan dokumen-dokumen sokongan yang dikemukakan, saya berpuas hati tidak terzahir apa-apa kesalahan jenayah berhubung sumbangan dana RM2.08 bilion tersebut.

Berhubung perkara ini juga, saya juga berpuas hati tiada keperluan bagi Malaysia untuk membuat permintaan bantuan bersama dalam perkara jenayah (mutual legal assistance) kepada mana-mana negara asing bagi tujuan melengkapkan siasatan jenayah yang dijalankan pihak SPRM memandangkan tidak terzahir apa-apa kesalahan jenayah berhubung sumbangan dana RM2.08 bilion tersebut.

SRC International

Berhubung dua kertas siasatan berkaitan kes SRC International, saya berpuas hati tiada terzahir apa-apa kesalahan di atas alasan-alasan berikut:

Apa komen SPRM? 

Di bawah Akta SPRM 2009

a. Tiada apa-apa keterangan yang menunjukkan PM menyalahgunakan kedudukan beliau semasa mesyuarat jemaah menteri yang memberi kelulusan jaminan kepada wang pinjaman RM4 bilion oleh syarikat SRC daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP);

b. Keterangan juga menunjukkan proses kelulusan pinjaman oleh Lembaga KWAP dan proses kelulusan jaminan pinjaman mesyuarat jemaah menteri adalah dibuat secara teratur;

c. Tiada apa-apa keterangan yang boleh menunjukkan PM meminta atau dijanjikan apa-apa suapan daripada mana-mana pihak sebelum, semasa atau selepas keputusan jemaah menteri tersebut dibuat;

d. Dari keseluruhan keterangan yang melibatkan apa jua keputusan-keputusan atau tindakan, tidak menggambarkan apa-apa konflik kepentingan PM; dan

e. Pihak SPRM sendiri mengakui berdasarkan hasil siasatan mereka, tiada keterangan daripada saksi-saksi yang boleh menunjukkan YAB PM melakukan sebarang perbuatan rasuah (corrupt practice).

Di bawah Kanun Keseksaan

a. Tiada apa-apa keterangan yang boleh menunjukkan PM mengetahui dan/atau dimaklumkan terdapat kemasukan wang daripada akaun SRC ke dalam akaun-akaun beliau;

b. Tiada apa-apa keterangan yang boleh menunjukkan PM memberikan apa-apa kebenaran untuk pemindahan mana-mana wang daripada akaun SRC ke dalam akaun-akaun beliau; dan

c. Keterangan menunjukkan pada masa-masa yang material, PM mempercayai segala pembayaran yang dibuat oleh beliau adalah dengan menggunakan wang sumbangan keluarga diraja Arab Saudi yang dipindahkan ke dalam akaun-akaun beliau sebelum itu.

Berdasarkan kepada keseluruhan fakta dan keterangan, saya sebagai pendakwa raya berpuas hati tiada apa-apa kesalahan jenayah yang dilakukan YAB PM berkait ketiga-tiga kertas siasatan.

Pada hari ini, kertas-kertas siasatan yang berkaitan akan dikembalikan kepada pihak SPRM dengan arahan supaya ketiga-tiga kertas siasatan tersebut ditutup.

BACA INI JUGA: Tun Mahathir Lebih Teruk Dari Najib?

Sumber: Dinturtle

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon