Thursday, January 14, 2016

Guru Besar SJKC Pai Chee Mersing Amal Perkauman, PPD Buat BODO*!


Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Begitulah nasib malang yang menimpa pendidik bernama Cikgu Salina ini.

SJKC Pai Chee Mersing perkauman

Hanya gara-gara dirinya berbangsa Melayu, dia diperlakukan seperti peminta sedekah di sebuah Sekolah Kebangsaan Jenis Cina di Mersing, Johor.

Malah, aduannya mengenai seorang pelajar yang biadap memakinya tanpa sebab ketika sesi pembelajaran langsung tidak diendahkan oleh pihak sekolah.

Lebih mendukacitakan, dia turut dimalukan di bilik guru apabila diserang oleh bapa pelajar berkenaan yang bertindak membaling buku dan alatan belajar miliknya.

Menurut Cikgu Salina, dia berasa sangat sedih dan tidak puas hati berikutan pihak sekolah itu tidak mempertahankan dirinya selaku pendidik, lantas membuat laporan polis kerana bimbang akan keselamatannya.

PERKAUMAN [1]
PERKAUMAN [2]

Apa yang mengejutkan kami, Cikgu Salina turut mendedahkan sebelum ini dia dan dua lagi guru Melayu pernah telah dihalau oleh guru besar sekolah berkenaan sendiri.

Ini berikutan, guru besar itu mendakwa masyarakat Cina sekolah tersebut tidak mahu guru Melayu bertugas di sana kerana konon kaum Melayu tidak pandai mengajar.

Alahai, jika benar apa yang didakwa oleh Cikgu Salina ini, diharap pihak Kementerian Pendidikan dapat menyiasat kes berbaur rasis ini hingga ke peringkat akar umbi.

PERKAUMAN [3]
PERKAUMAN [4]

Sebagai masyarakat yang berbilang kaum, isu sebegini sepatutnya tidak patut timbul kerana kita perlulah menghormati setiap kaum di Malaysia.

Malah, sebelum ini juga, sebuah sekolah di Pedalaman Keningau, Sabah, (Guru-guru Dan Kakitangan SMK Apin-apin Tuntut Keadilan?) berulangkali membuat aduan mengenai sikap perkauman seorang pengetua namun tiada sebarang tindakan sehingga kini.

Patutkah Tun Mahathir campur tangan dalam segala perkara sebelum pegawai dan kementerian berkenaan berfungsi dan mengambil tindakan?

UPDATE (19/1/2016)

Guru Besar Dipindahkan Sementara Waktu

RASIS

Susulan isu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pai Chee, Mersing, Johor baru-baru ini, Kementerian Pendidikan mengambil tindakan memindahkan guru besar sekolah tersebut ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) buat sementara ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) buat sementara waktu sehingga siasatan berhubung isu tersebut selesai.

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Bagaimana Sejarah Papan Hitam Bermula?

Sumber: Mynewshub.cc

8 comments

  1. Ini yang membimbangkan kita...usul perkauman ini bahaya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita kena hadapi...tangani dengan tegas supaya tak berulang...tengoklah singapore cina sana pun takut nak tunjuk samseng dengan penguatkuasa..mereka hormat betul dgn kakitanggan pemerintah...

      Delete
  2. nampak tak siapa yang lebih rasis? orang melayu atau orang bukan melayu? tapi tu la...orang melayu sendiri yang kata melayu lebih rasis daripada orang bukan melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua kaum pasti ada yg baik dan jahat. Kenapa nak bandingkan siapa rasis? Tapi disini sy boleh pasti, yg paling rasis dan bodoh adalah kamu.

      Delete
    2. Memalukan kaum sendiri jer. Bodoh, otak lembu!

      Delete
  3. pls la..negeri parti melayu paling kuat tu. Takkan tengok saje org melayu kat situ..

    ReplyDelete
  4. Apa yg kerajaan johor mampu buat. Harapkan jpn dan ppd, masing2 xde telur. Biadap, kurang ajar dan rasis masih juga dilayan baik. Sewajarnya guru besar itu dicutikan sementara siasatan diselesaikan, bukan diletakkan di ppd. Takut apa agaknya. Takut hantu cina datang malam2 kot...ppd, jpn.

    ReplyDelete
  5. Klu gb dan guru2 cina bersikap bergitu apa pula yg mereka ajar kpd anak murid?
    Patutlah bangsa cina ini kurang adab dan kurang ajar dari anak sampai ke ibu bapa dan guru sjkc juga sikap komunis mereka masih tebal di dalam dada. Jangan ingat org melayu akan terus bagi muka tunggu dan lihat apa yg akan berlaku. Just take care of your business chinese because it is the eassies target for us.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon