Dec 28, 2015

'Parang Aku Lagi Besar Dari Parang Kau'

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan aksi ‘parang memarang’ antara perompak dengan seorang jurujual wanita berani, kini menjadi viral.

Lawan+Perompak

Video yang dikongsikan Malaysian Crime Awareness Campaign itu dilaporkan berlaku di Kuala Terengganu, sekitar jam 1 petang, pada Jumaat.

Dalam rakaman tersebut suspek yang mengenakan topi keledar dilihat memasuki kedai dan menyamar sebagai pembeli, sebelum menuju ke kaunter bayaran lalu mengeluarkan sebilah parang yang disembunyikan untuk merompak.

Bagaimanapun, juruwang kedai itu kemudiannya turut menarik keluar parang yang lebih besar di bawah meja kaunter untuk mempertahankan dirinya.

Kedua-dua mereka seterusnya ‘bertempur’ sebelum si perompak melarikan diri, mungkin akibat terkejut dengan keberanian jurujural wanita terbabit.

Jurujual wanita terbabit pula, dilihat tidak gentar langsung apabila mengejar perompak terbabit dengan parang di tangannya.

Video berkenaan menerima banyak komen daripada netizen yang kagum dengan keberanian wanita itu mempertahankan dirinya dan juga kedai.

Seorang pengguna Facebook, Wandy Yell mengulas, “Respect-lah dgn cashier ni.. Beranii kott.. Gila ko ssh nak jumpa brani lawan mcm ni.. Semoga Allah melindungi yg benar.”

“Awesome! Perompak itu hampir kehilangan kepalanya ketika berlawan. Haha,” tulis Shaina Ramkal.

Rata-rata turut memberi komen kesemua pemilik kedai seharusnya, turut melengkapkan premis mereka dengan senjata yang boleh digunakan pekerja bagi mempertahankan diri jika keadaan memerlukan.

BACA INI JUGA: 10 Angkatan Tentera Paling Kuat Di Dunia 2015



Sumber: Mynewshub.cc

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

1 comments so far

Memang berani wanita berkenaan..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon