Dec 30, 2015

Marsha AF Peluk Islam, Bakal Bernikah

Bagi menjawab teka-teki ramai mengenai status agamanya, pelakon dan penyanyi Marsha Milan Londoh akhirnya mengesahkan dia telah memeluk agama Islam dan bakal diijabkabulkan dengan teman lelakinya, pada Khamis.

Marsha Milan Londoh [2]

Bagaimanapun, bintang kelahiran program realiti Akademi Fantasia (AF) ini memilih untuk merahsiakan lokasi dan tarikh dia memeluk Islam.

“Saya sudah memeluk Islam. Segala-galanya berjalan dengan lancar seperti dirancang.

“Apa yang saya harapkan penghijrahan saya ini tidak disensasikan. Ini kerana ia terlalu peribadi buat saya.

“Saya memohon jangan dihebohkan perkara ini kerana semuanya sudah selesai demi menghormati keluarga kedua-dua belah pihak,” katanya kepada BH Online.

Difahamkan, majlis pernikahannya diadakan secara tertutup di Pulau Pinang.

Marsha dan bakal suami dilaporkan sudah berkenalan 10 tahun lalu sebelum mengambil keputusan mengikat tali pertunangan di kampung halaman Marsha di Sabah pada 14 Disember lalu.

Jejaka pilihannya, Mohamed Shaiful Nizam merupakan seorang ahli peniagaan dan anak kepada pasangan VIP.

Marsha Milan Londoh

Berita mengenai perkahwinan Marsha terbongkar apabila gambar kad undangan majlis resepsi yang tertera namanya bersama Mohamed Shaiful Nizam tersebar di Forum Cari.

Menerusi kad tersebut, majlis resepsi perkahwinan Marsha tercatat pada tanggal 8 Januari (Jumaat) di Hotel Majestic Kuala Lumpur.

BACA INI JUGA: Michael Jackson Sebenarnya Dibunuh Kerana Masuk Islam?

Sumber: Mynewshub.cc

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

2 comments

Asalam SP..terbaik informasi..apabila Allah berikan hidayah dan nur..sesungguhnya Islam agama suci..segala hukum ada dalam al-quran. Orangan yang baru peluk Islam umpama kain putih ..segala dosa lalu terhapus itu kenyataan..sebaik peluk islam dosa amalan akan muli dikira semula

Tahniah dan alhamdulillah.. semoga pernikahan berjalan lancar..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon