Monday, December 07, 2015

Jenama Roti Terkenal Guna Logo Halal Palsu?


Sangat mengejutkan apabila satu jenama roti yang cukup popular dan terkenal di daerah Keningau, Sabah, selama ini sebenarnya menggunakan logo halal palsu!

Economy+Bakery+Logo+Palsu

Jenama ini yang merupakan keluaran sebuah syarikat milik pengusaha Cina, menggunakan logo halal pada semua produk roti/bakery keluarannya selama bertahun-tahun.

Tajuk : Status Halal Economy Bakery Sdn Bhd

Mesej Anda : Assalaamualaikum.

Saya sebagai seorang pengguna dari Keningau, Sabah, ingin bertanya status Halal Syarikat Economy Bakery Sdn Bhd.

Sebelum ini terdapat logo halal pada pek makanan syarikat ini tapi sekarang tiada lagi dipaparkan.

Adakah status halal syarikat ini telah ditarik atau tidak diperbaharui?

Mohon penjelasan.

Terima kasih

Menerusi pertanyaan yang diajukan kepada pihak berkuasa, jawapan yang diterima amat mengejutkan.

Assalamualaikum

YBhg. Tan Sri/ Dato' /Tuan,

Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai perkara di atas.

Untuk makluman YBhg. Tan Sri/ Dato' /Tuan, syarikat tersebut bukan pemegang sijil halal Malaysia. Sehubungan itu YBhg. Tan Sri/ Dato' /Tuan, boleh semak di www.halal.gov.my.

Kerjasama dan keperihatinan YBhg. Tan Sri/ Dato' / tuan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian,

"Yakini Halal Malaysia"

Unit Hal Ehwal Koporat
Bahagian Hab Halal
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,
Aras 1 & 3, Menara PJH, No. 2,
62100, Putrajaya
Tel: 03- 8892 5000/5001
Fax: 03-8892 5005

Malah, semakan secara manual dilaman web Halal.gov.my juga tidak menunjukkan bahawa syarikat ini pernah memohon status halal.

Economy+Bakery+Logo+Palsu [2]

Apa yang lebih mengecewakan, status halal ini seolah-olah tidak pernah disiasat oleh pihak JHEAINS Keningau, mahupun JAKIM, sedangkan logo halal yang tertera sudah digunakan selama bertahun-tahun!

BACA INI JUGA: Kisah Inspirasi Seorang Mualaf Yang Perlu Dicontohi

-SENTIASAPANAS.COM

8 comments

  1. Macam2 je kan...nak lariskan produk sanggup menipu..
    Cik akak nie...biarpun orang kata halal...
    Kalau cik akak tengok cina yang buat...
    Jauh sekali cik akak nak makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la masalahnya dengan produk orang cina. Kebanyakannya tak boleh dipercayai taraf halalnya..:(

      Delete
  2. Asalam , sya dah hampir dua tahun tak membeli,biasa di Tudan Baru dekat klnkmDr Gan saya beli SP..cuma ada masalah membeli kek di Keningau. Kek halal..kena beli kek hari lahir anak..hari tu ada teman guru supply sekarang ni dia pindah sekolah jarang hubungi..kek ada tak yang kita boleh buat tempahan di Daerah Keningau SP? bagi tahu saya ya

    ReplyDelete
  3. ada saya tanya tu cashier mana logo halal..tak dapat jawab. Saya beli butter ja dan kotak minuman..masalahnya ramai tak endahkan logo halal ni.Penting ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hairan tiada sebarang siasatan dari JHEAINS..

      Delete
  4. 2013 dis last beli sana. Kek ada tak yang supply ?

    ReplyDelete
  5. Kalau xda siasatan tu main duit la tu.. apa la jabatan agama ni tidak buat kerja dgn amanah. Bila d tegur cm org yg sngt sibuk. Tu la punch card pun suru org.. jabatan agama cwngan keningu sila sisat anda d bayar ole rakyat utk bt kerja. Amanah tu bg kalian.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon